PUTRAJAYA, 14 November 2022 – Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Hari Jumaat Dan Sabtu iaitu 18 & 19 November 2022 sebagai Hari Pelepasan Am Bagi memudahkan Rakyat pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) ini.
Kerajaan juga turut mengumumkan pemberian Tol percuma 2 hari untuk 30 konsesi Lebuh raya ditawarkan kepada para pengguna bagi memudahkan balik mengundi sempena hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November ini.