Oleh : Megat Hisemudin Megat Kasim

Disebabkan saya dah mula guna kaedah matematik dan statistik untuk mengira kemenangan calon-calon atau parti-parti yg bertanding sejak PRK Cameron Highlands, PRK Tanjung Piai, PRN Melaka dan PRN Johor maka bertalu-talu pertanyaan dihalakan kepada saya satu soalan.

Parti mana yang bakal menang dalam PRU15?

Ini kerana Anwar Ibrahim mengatakan dah ada 100 kerusi dalam tangan hanya tinggal 12 kerusi saja utk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

I got the number utk I bentuk kerajan dan I akn jadi PM. Itulah Bang Non, always positive with his numbers…!!

Muhyiddin pula semacam dapat nyawa baru setelah bersama PAS dan mengatakan yakin dapat membentuk kerajaan selepas PRU15.

Satu fakta yg harus kita ingat ialah sejarah pilihanraya. Selalunya ia tidak menipu bahkan utk mengira kemenangan seseorang calon atau parti adalah dengan melihat rekod pilihanraya yg lepas-lepas.

Selain faktor peribadi calon-calon, kecemerlangan parti, isu semasa dan yg penting ialah pembentungan blok-blok parti.

Kini kita berhadapan dengan 6 blok parti utama:

Pertama – BN:
UMNO, MCA, MIC, PBRS

Kedua – PH & MUDA:
PKR, AMANAH, DAP, MUDA

Ketiga – PN:
BERSATU, PAS, GERAKAN, SAPP, STAR

Keempat – GTA:
PEJUANG, PUTRA, BERJASA, IMAN

Kelima – GRS:
PBS, BERSATU, SAPP, STAR, USNO

Keenam – GPS:
PBB, PRS, PDP, SUPP

Selain itu ada parti-parti yg tidak bergabung tetapi bergerak solo seperti WARISAN, PBM, PRM dan PSM.

Namun yang peliknya parti-parti dalam PN di Sabah iaitu Bersatu, SAPP dan STAR menjadi sebahagian drp GRS yang menyokong calon-calon BN dan antara GRS dan BN telah ada muafakat di mana GRS akn bersama BN untuk membentuk kerajaan persekutuan nanti.

Bermakna di Sabah musuh-musuh BN+GRS ialah WARISAN, PH dan calon-calon bebas sahaja. Setelah ditolak bilangan kemenangan calon-calon Warisan dan PH maka kita dapati bilangan kerusi yg akn diperolehi oleh blok BN+GRS lebih besar.

Kita tidak menaruh harapan calon-calon dari GTA, PBM, PRM dan PSM akan mendapat kerusi. Jika pun Tun Mahathir dapat mengekalkan kerusi Langkawi hanya satu sahaja.

PH yang semasa PRU14 memperolehi 113 kerusi utk berkuasa di Putrajaya adalah dari gabungan PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan Warisan.

Kini gabungan ini hanya tingggal PKR, DAP dan Amanah sahaja. Dahulunya monentum kemenangan adalah dari aura Tun Mahathir dari Bersatu yg dapat menjinakkan PKR, DAP dan Amanah di bawahnya. Beliau dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Beberapa siri demonstrasi BERSIH yg disertai oleh Tun Mahathir juga menarik atmosfera utk menyokong PH disamping fitnah berleluasa terhadap isu 1MDB dgn tolak Najib menguasi minda pengundi.

Manifesto yang menjanjikan bulan bintang dalam Buku Harapan bukan kitab suci menjadikan momentum PRU14 bergerak dgn satu daya yang kuat. Persepsi mengalahkan fakta.

Namun dgn gabungan yang mantap itu pun hanya berupaya mendapat 113 kerusi. Cuba fikirkan sekarang yg gabungan PH yg tinggal 3 gabungan utama serta tidak punyai atmosfera semasa PRU14 adakah mampu Anwar Ibrahim mendapat 112 kerusi?

Secara logiknya PH tidak mampu pun memperolehi 80 kerusi seperti yg diramalkan kerusi minima oleh Rafizi. Mungkin setakat 70 kerusi.

Tambahan PH sudah lesu dgn isu. Rafizi cuba menaikkan isu kapal LCS juga akhirnya senyap. Yang terakhir nak kaitkan isu nego tender Kementerian Alam Sekitar dan Air berakhir dgn demand letter dari Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mahu tak mahu PH hanya recycle isu-isu lama khususnya tentang rasuah. Namun kegagalan PH dengan mentadbir selama 22 bulan menjadi penanda aras yg PH gagal memerintah. Adakah nak diberikan peluang sekali lagi?

Maka usah kita fikirkan angan-angan I got the number cukup utk membentuk kerajaan. Jadi kesimpulannya jika Anwar Ibrahim menang di Tambun sekalipun tidak akn dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Muhyiddin bercita-cita nak jadi PM sekali lagi dijangka tidak kesampaian. Daripada keputusan PRN Melaka dan Johor sudah melihatkan bahawa penolakan terhadap PN. Jadi calon-calon PN di Melaka dan Johor usah berangan terlalu tinggi.

PN hanya lbh mengharapkan kemenangan dari Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja. Dengan kerusi yang dijangka paling sedikit antara BN, PH dan PN maka angan-angan Abah utk jadi PM sekali lagi bolehlah dikira gone with the wind.

Baki kerusi adalah milik BN, GRS dan GPS. Tidak kira berapa kerusi pun sudah tentu melebihi 112 kerusi. Namun jangkaan awal BN, GRS dan GPS akn memperolehi sekitar 125 kerusi.

Dengan ini meletakkan Ismail sebagai Perdana Menteri. Anwar Ibrahim akn kekal dgn tittle PM tetapi hanya PM tepi.

.

Leave a Reply