Oleh Shahbudin Embun
Zahid Hamidi adalah satu satunya Presiden UMNO yang bukan Perdana Menteri dan bukan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Beliau mengambil alih kepimpinan parti ketika UMNO jadi pembangkang.
PRU 15 pula UMNO gagal bangkit disebabkan oleh momokan pihak lawan yang berjaya meyakinkan rakyat. Walaupun kalah teruk namun takdir menentukan tiada pihak yang dapat menubuhkan kerajaan tanpa UMNO BN.
Imej UMNO yang dilabel sebagai Perompak dan Penyamun hanya dapat dipulihkan dengan perubahan Kerajaan Baru yang di bentuk dengan memberi keadilan sejati pada semua tuduhan tuduhan politik terhadap UMNO dan pemimpin pemimpin nya.
Hal tersebut tidak akan tercapai kalau Muhyiddin dilantik sebagai PM 10
Figura seperti Zetty dan keluarga, Nor Mohamed Yakcop yang dikaitkan dengan dana SRC dan 1MDB akan terlepas begitu sahaja. Kronisme Mahathir dan Muhyiddin juga tidak akan terbongkar sekira Muhyiddin dan sekutunya diangkat sebagai PM. Imej UMNO yang tercalar dimata rakyat tidak akan dapat dipulihkan.
Zahid Hamidi bergerak berseorangan untuk mengembalikan imej baik UMNO tanpa sokongan padu rakan dari UMNO dan BN. Malah ramai yang mendesak Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Mereka langsung tidak berhati perut dengan membiarkan bekas PM dan bos mereka yang banyak berjasa bakal meringkuk berpuluh tahun didalam penjara.
Keupayaan Zahid Hamidi tangani kemelut sudah teruji antaranya:
a. Berjaya menumbangkan PM 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM dan menggantikan Dato’ Seri Ismail Sabri dari UMNO sebagai PM 9.
b. Berjaya menumbangkan Faizal Azumu dari PPBM sebagai MB Perak dan menaikkan Dato’ Shaarani dari UMNO sebagai MB.
c. PRU 15 BN Perak kalah teruk dan menang hanya 9 DUN, PN 26 dan PH 24 tetapi ADUN dari BN Dato’ Sharaani diangkat sebagai MB
d. Keputusan DUN Pahang di PRU 15 juga menyaksikan BN tidak dapat majoriti mudah. BN dengan16 kerusi, PN 17 dan PH dapat 8 kerusi. Namun BN bakal membentuk kerajaan negeri dengan MB dari UMNO BN.
Kini jawatan PM 10 sangat bergantung kepada sokongan Zahid Hamidi sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO.
Angka 30 ada lah magic number yang membuat kan BN menjadi King Maker Politik.Negara
Seorang veteran UMNO di Perlis mengatakan pada saya bahawa dulu mereka mengelar kita perompak penyamun sakau tetapi hari ini kita di jemput mereka untuk membentuk kerajaan dan tanpa kita mereka tahu bahawa mereka tidak cukup untuk membentuk kerajaan
Oleh
Shahbudin Embun
Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Waris PEKEMBAR Perlis