Peningkatan jumlah pengundi kepada calon-calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menandakan slogan prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) diterima rakyat.
Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia membuktikan rakyat menerima ideologi PN tersebut.
“Kami juga membuat semakan hari ini sebanyak 34% pengundi pertama kali melayu telah memberi undi dan sokongan kepada PN.
“Untuk pengetahuan, undi diperoleh daripada rakyat juga meningkat kepada calon-calon GERAKAN, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan juga PRN Johor yang diadakan pada tahun lepas dan awal tahun ini,”
Katanya pada sidang media PASCA PRU15 hari ini di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, negeri fokus bagi GERAKAN adalah Negeri Pulau Pinang, 5 kerusi Parlimen yang ditandingi oleh calon Parti GERAKAN, terdapat 4 kerusi Parlimen calon kami adalah berada di tempat kedua, walaupun bertanding di kerusi Parlimen 4 penjuru atau ke-atas.
“Kini, kami akan fokus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Padang Serai dan Tioman dulu.
“Pada masa yang singkat, kami akan bersiap-sedia dengan jentera-jentera bagi mengharungi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada tahun hadapan,” jelasnya
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI