Kewujudan kluster mahkamah bukan sekadar wayang politik. Kenyataan Puad Zarkashi, MKT UMNO membuat seolah-olah naratif tersebut hanya rekaan sedangkan terdapat tertuduh telah pun dijatuhkan hukuman di Mahkamah Persekutuan.

Jika pemimpin-pemimpin tersebut tak didakwa semua isu salah guna kuasa, rasuah atau penggubahan wang haram yang dilakukan pemimpin UMNO selama ini langsung akan sunyi sepi dan lenyap begitu sahaja. Pemimpin yang terlibat seolah telah disucikan kerana mereka memegang jawatan tertinggi dan menguasai pemimpin di akar umbi.

Hakikatnya, apabila berlaku pendakwaan banyak pendedahan dan bukti-bukti yang dikeluarkan dan hujah-hujah bagi menyokong fakta dan bukti kes tersebut. Jika ada bukti dan fakta yang tidak boleh disangkal tak akan itu kita nak terima bulat-bulat sebagai fitnah? Salahkan Hakim yang menjatuhkan hukuman?

Meletak Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai ‘punching bag’ dengan alasan pendakwaan terpilih dan beliau adalah dalang bukan tuduhan bijak. Rakan sekutu UMNO UMNO Online terkini dari Pakatan Harapan juga pernah terlibat dan memperjuangkan hal tersebut sebelum ini. Jangan kerana nak jalin hubungan dan dapatkan kuasa bersama kumpulan yang juga sebelum ini menjadi dalang sampai sanggup berkokok berderai-derai, tetapi tak sedar ekor bergelumang dengan tahi.

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
1 Disember 2022

Leave a Reply