Oleh: Suka-Suka Tanyer
Mantan PM-8, Mahiaddin dijangka akan disiasat oleh pihak berkuasa selepas Menteri KDN Saifuddin Nasution mengadakan perbincangan lanjut dengan KPN berkaitan isu dana RM600 bilion yang diselewengkan.
Dana tersebut didakwa telah diselewengkan oleh kerajaan PN. Mantan PM-9 juga mungkin akan di panggil untuk membantu siasatan.
Saifuddin Nasution berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan kerana isu ini telah menjadi isu nasional, pandangan KPN di perlukan setelah is dibangkitkan oleh PM-10.
Kita semua maklum betapa Mahiaddin sebelum ini mendakwa beliau merupakan seorang yang amanah, berintegriti dan mempelawa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terhadapnya berkaitan isu 600 bilion itu.
Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lepas.
Bukan sahaja Mahiaddin, pihak berkuasa juga dijangka akan menyiasat Mahathir mengenai isu Skandal Forex yang telah menyebabkan negara kehilangan RM31.5 bilion dan perkara ini dipercayai telah dipersetujui oleh Anwar.
“Harapkan PM-10 tidak pileh bulu, jalankan tugas dan peranan dengan baik.
“Yang bersalah perlu segera diheret ke muka pengadilan.
“Jangan biarkan mereka hidup bebas dan terus bermaharajalela.”