Oleh: Mohd Fadzil
Muhyiddin patut bersyukur bila setiap pertuduhan kepadanya dibuat secara beradab ikut prosedur bukan macam zaman Dia MENTERI KDN SEMASA 22 BULAN PH setelah UMNO BN kalah PRU14.
Apa yang Muhyiddin buat..
Dikerahnya polis sekitar jam 12 malam 1 Ramadhan ketika Dato Sri Najib baru pulang dari solat tarawih, berpuluh kenderaan polis datang serbu rumah Najib seperti dia seorang penjenayah membabitkan kes pengganas yang mengancam kedaulatan negara.
Ketika Najib baru 3 hari menjadi Mantan PM6.. dia dihina sehina-hinanya.. rumahnya digeledah.. seperti DS Najib menyembunyikan dadah atau ada kes bunuh diperlakukan oleh Najib.
Segala harta benda termasuk kasut cucu Najib pun dirampas. Kemudian Najib di bawa ke balai polis.
Setelah selesai buat rampasan barulah hendak buka kertas siasatan untuk cari kes apa boleh didakwa. Undang undang arahan siapa mereka pakai ketika itu?
Tak cukup dengan itu rumah bonda DS Najib juga diserbu ketika DS Najib berada di Mahkamah.
Rumah bonda Najib? siapa tu?
Rumah bonda Najib adalah
Rumah mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Habis segala siling rumah dijolok untuk cari bukti tapi apa pun tak jumpa. Bayangkan bagaimana perasaan Allahyarham Tun Rahah ketika itu iaitu isteri Mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak?
Tak cukup dengan itu.. habis satu keluarga Najib diaibkan dengan pendakwaan bukan-bukan sampai hantaran perkahwinan anak Najib dijadikan kes rasuah.
Sampai wang dituduh dicuri pun dikenakan tindakan tidak bayar cukai. Lihat bertapa busuknya hati tahap dendam melampau kepada DS Najib.
Hari ini Muhyiddin tidak sedikit pun kena macam Najib! Tidak seorang pun kaum keluarganya dijentik malah tidak sebiji pun kenderaan polis serbu rumahnya.
Malah tiada proses serbu tangkap dan baru siasat. Sebaliknya Muhyiddin dikenakan ikut prosedur, buat laporan polis, buat RCI baru masuk proses pendakwaan Mahkamah.
Muhyiddin tidak diperlakukan tanpa perikemanusiaan seperti mana DS Najib terima.
Tetapi pelik lihat DS Najib teruk kena tapi masih mampu menjadi manusia budiman hadapi dengan tenang dan bertawakkal kepada Allah dan Muhyiddin sebaliknya baru kena report polis meraung-raung macam orang gila.
Tiba-tiba dia boleh bersumpah laknat menafikan pertuduhan kepadanya sedangkan dulu dia menghina DS Najib buat sumpah laknat di Masjid.
Tiba-tiba dia pandai rasa teraniaya sedangkan kalau dibandingkan DS Najib bukan sekadar teraniaya tetapi langsung Muhyiddin tiada perikemanusiaan.
Satu saja Mahyuddin lupa dunia ini ibarat roda, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Setiap yang baik akan dapat kebenaran walaupun perlu mengharungi penyiksaan yang perit. Tapi yang busuk hati menang seronok menikmati kenikmatan sementara tetapi azab kemudian hari amat2 menyakitkan.