Oleh: Sharif Musa

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presiden YAB Ahmad Zahid Hamidi memecat tiga pemimpin Bahagian Umno

Mereka yang dipecat seorang daripadanya berjawatan Ketua Bahagian dan dua lagi adalah ketua Wanita Bahagian kerana bertindak mencemuh parti dan berkempen bagi pihak lawan pada PRU15

Pesiden YAB Datuk Zahid Hamidi agak tegas dalam isu disiplin dan beliau tidak akan kompromi kepada mereka yang suka burukkan parti termasuk bocorkan hasil mesyuarat MKT

Empat ahli Umno yang bertindak bertanding mewakili parti lawan dan menjadi calon Bebas pada PRU15 digugurkan keahlian daripada parti

Alhamdulillah! Empat ahli berkenaan ialah Shahidan Kassim (Parlimen Arau) dan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) yang bertanding untuk Perikatan Nasional (PN) dan Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi selain Azhar Ahmad bagi DUN Kuala Perlis turut digugurkan

Akar umbi amat menantikan. Mesyuarat MKT turut membincangkan isu dakwaan penyelewengan perbelanjaan hampir RM600 bilion oleh kerajaan PN di mana Umno menyerahkan kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat keputusan. #UmnoSebuahPerjuangan

Leave a Reply