Oleh: Dr Mohd Azam Rauzan
Mantan Adun Penawar

Kalau saya Presiden UMNO, dah lama spesis macam Tan Sri Annuar Musa saya pecat. Tetapi mengenali YAB Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang ada “soft heart”, beliau tetap akan simpan spesis mengkarung sumpah sumpit begini. Beliau berjiwa besar. Beliau tiada dendam kesumat dalam sanubari beliau.

Ada beribu Annuar Musa, Shahidan Kassim, Noh Omar, Tajuddin Ramli, Hisham dalam UMNO. Takkan nak pecat semua. Itulah agaknya kalau ditanya atau didesak oleh akar umbi mengenai persoalan ini kepada beliau.

Namun UMNO kena terima hakikat yang nyata lagi benar bahawa UMNO berada dalam tahapi hidup segan mati tak mahu. Diluah mati emak di telan mati bapa.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga saya bertapa semangat dan berazam presiden berucap dengan ungkapan yang beliau guna semasa ucapan perayaan ulangtahun UMNO tahun lepas.

Diantara intipati ucapan beliau yang saya masih ingat ialah UMNO akan terus mekar bukan sahaja 10 tahun akan datang malah UMNO akan terus releven dan berkuasa 100 tahun akan datang.

Ramai bertanya saya melalui wazzup atau sessi mengeteh mengenai masa depan Zahid Hamidi dalam UMNO dan kerajaan.

Saya jawab mudah je. Jangan prejudis bila sebut je nama Zahid. Jangan mendahului takdir Allah. Tiada sangka angka 30 menjadi angka kuasa. Tapi Annuar musa kata kita bukan nak jadi King maker. Annuar lupa, orang macam annuar, Shahidan dan ramai lagi pengkhianat bertopeng buaya ni yang membuat UMNO dibenci rakyat.

Tepuk dada tanya hati. Johor yang suatu ketika dulu menjadi tiang seri UMNo kini menjadi lubuk nak menjatuhkan Presiden. Saya jahat ke membuat fitnah? Atau manusia lupa untuk menilai.

Jom kita sama2 nak lihat bagaimana muka dan tindak tanduk Datuk Onn Hafiz Ghazi bila bertemu YAB Timbalan Perdana Menteri malam ini? Saje nak ingat, Onn dijemput hadir ye ke Mesyuarat MKT atas kapasiti MB Johor. Bukan lantikan MKT. Dan Bagaiamana muka muka yang melanggar “Aku janji” yang telah menandatanganu SD haram.

UMNO kena terus move on. Pressiden UMNO akan bertambah kuat dan kukuh sokongan nya. Tetapi saya tetap nak ingatkan bahawa buku perlembagaan UMNO bukan komik untuk di baca. Ia wajib menjadi asas “kedaulatan” dan mariah sesebuah parti politik.

Anai2 dan Pengkhianat tidak boleh dibiarkan menghancurkan UMNO dari dalam. Nak jaga kawan atau nak selamatkan parti? Apa jadi dengan Najib? Kerana nak jaga kawan, kawan yang bantu sumbat dia dalam penjara!

Sepatutnya kita sudah mula membina tetapi sampai sekarang terus sibuk meruntuh…mungkin kerana membina lebih sukar berbanding meruntuh. Ya, membina mengambil masa. Meruntuh sekelip mata.

Yang ada negeri binalah. Yang dapat negara binalah. Yang ada organisasi binalah. Yang ada keluarga binalah. Berlumbalah membuat kebaikan. Insya-Allah Allah, Rasul dan orang mukmin menilai.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّـهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ

al-Taubah:105

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.”

Itu je saya nak sampaikan. Selebihnya jom kita makan Super Ring. Masa saya untuk bersara sudah tiba. Bye bye.

Leave a Reply