Bagi saya, kami di Perikatan Nasional memainkan peranan sebagai pembangkang dalam soal semak dan imbang (check and balance). Seboleh-bolehnya saya tidak akan komen pasal PH ‘sembang’ tentang manifesto yang tidak munasabah dengan kepercayaan kerja berpolitik telah tamat, sudah sampai masa kita membina negara bersama-sama.

Pelantikan Timbalan Menteri semalam amat mengecewakan kerana sekali lagi bertentangan dengan aspirasi yang ingin dibawa oleh YAB Perdana Menteri tentang sebuah kerajaan yang berkaliber. YAB PM seringkali menyebut tentang pelantikan jawatan menteri/timbalan menteri bukan sebagai ganjaran ke atas sokongan beliau tetapi atas komitmen ke atas ‘tatakelola’ dan nilai murni yang lain.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, seorang adik kepada YB Lim Guan Eng, Pengerusi kepada parti DAP, seorang lagi adik kepada YB Shafie Apdal, Pengerusi Parti Warisan. Tolong beritahu saya apakah kelayakan kedua-dua pihak ini dan tolong buktikan ini bukan satu bentuk ganjaran.

Perikatan Nasional mengambil pendirian yang tidak selari dengan Pakatan Harapan. Tetapi dengan titah Tuanku YDP Agong dan keputusan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kami ingin melihat langkah-langkah yang diambil sejurus dengan agenda reformasi dan niat yang ingin membawa negara ke landasan yang betul.

Pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri ini amat penting kerana melalui penempatan itu memberi signal tentang hala tuju yang ingin di ambil. Malangnya, saya cuma nampak permainan yang sama di gelanggang yang lain. Cakap tidak serupa bikin.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA
TIMBALAN KETUA PEMUDA PERIKATAN NASIONAL

Leave a Reply