Oleh : Mohd Puad Zarkashi

Manusia paling sakit hati pada UMNO ialah Kadir Jasin. Sebelum terbentuk kerajaan perpaduan setiap hari dia menulis supaya Zahid tidak terlantik sebagai TPM dan Menteri.

Dia gagal. Zahid terlantik juga. Bertambah sakit hatinya kepada UMNO. UMNO terlalu liat untuk dikuburkan. Dia tuduh pula UMNO parti paling daif, bermasalah dan tidak akan pulih.

https://m.malaysiakini.com/news/647889

Kadir lupa, propagandanya sudah tidak laku. Dia macam Tun M. Dia propagandis yang hilang deposit. Dia kluster melayu mudah lupa.

Masakan tidak. Dia kata UMNO sekarang suka pecat orang termasuk memecat ahli yang memegang jawatan penting. Ia berleluasa di zaman Najib Razak dan Zahid.

Kadir lupa Tun M pecat Anwar dari UMNO. Tun M pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. Bahkan Tun M juga dipecat dari Bersatu oleh Muhyiddin

Tabiat memecat adalah budaya Tun M. Dia pecat Ketua Hakim Negara. Dia pecat Peguam Negara. Dan ramai Menteri kena pecat zaman team A dan team B.

Soal pertandingan dalam parti, Kadir lupa KJ dan Ku Li lawan Zahid waktu UMNO dizalami dan Zahid dikenakan pulohan tuduhan. Ada Zahid pecat mereka selepas itu?

UMNO pun tidak haram berbanding zaman Mahathir lawan Ku Li. Kadir kata UMNO parti daif dan tidak akan pulih. UMNO daif kerana fitnah. Habis duit dan harta UMNO dirampas.

UMNO tidak akan daif jika Kadir Jasin pulangkan aset UMNO berbilion ringgit kerana dia pernah jadi proksi semasa bergelar tokey besar MRCB

Leave a Reply