Oleh: Naseron Ismail
UMNO menolak sikap melampau baik ia datangnya dari segmen keagamaan mahupun bangsa (kaum), jauh sekali menurut sekularisme pertentangan kelas seperti yang dianjurkan oleh Karl Marx dan Engel.
UMNO atau PEKEMBAR adalah sebuah pertubuhan kebangsaan (nasionalis) Melayu yang senantiasa mengajak rakyat supaya bersatu.
Bermula dengan Ikrar SUMPAH MELAYU (10 Februari 1946) di Batu Pahat membawa ke Kongres Kebangsaan Melayu SeMalaya (1-4 Mac 1946) di Kampong Baharu, dan dirasmikan di Istana BESAR Johor di Johor Baharu pada 11 Mei 1946, PEKEMBAR atau UMNO tidak pernah bercirikan sikap extremisme.
Itu bukan DOKTRIN UMNO tetapi kawarij PAS.
UMNO memperjuangkan nasionalisme dan kebangsaan Malaysia berdasarkan doktrin kepentingan negara (national interest) didahulukan mengatasi kepentingan politik atau individu.
Rujuk Perlembagaan UMNO, parti siasah tersebut meletakkan Islam sebagai teras utama perjuangan, selaku addeen (way of life) selain memperjuangkan Kepentingan dan Hak Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menurut Kontrak Sosial, Amanat Raja-Raja Melayu dan Peruntukan Perlembagaan.
UMNO sebenarnya sebuah parti moderate dan demokrat, berdiri ditengah meskipun terasnya adalah KONSERVATISME.
Oleh itu WarisPEKEMBAR menolak tohmahan mengatakan extremisme adalah doktrin lama politik UMNO..
UMNO menolak keras politik perkauman DAP mahu pun politik agama PAS.
UMNO menolak keras politik melampau kaum kawarij yang mengajak pengikut bersikap fanatik dan jumud, menjadi pelampau agama dengan menanam bibit-bibit kebencian terhadap ‘establishment’ sejak penubuhannya pada tahun 1951 (asal Biro Agama UMNO) oleh Haji Ahmad Fuad di Pulau Pinang.
- NBI