As I See It..
Oleh: Naseron Ismail

Ada pihak suruh bincang, tetapi apa yang perlu dibincangkan?

Saya tidak fikir Malaysia ini termasuk dalam kategori negara Islam yang diperintah oleh kaum kafir..?

Bahawa kita tidak perlu fikir terlalu jauh ke belakang, ke zaman Firaun..

Kerana di belakang sana banyak kekotoran, kemungkaran, kemusnahan, kemunafikan..

Sebaliknya dan sebaik-baiknya berfikirlah tembus dan telus jauh ke hadapan..

Berwawasan, mengikut sunnah Allah dan sunnah Rasul saw..

Tetapi mesti diingat bahawa Mesir di era Firaun itu berbeza dengan Malaysia di era BN, PH-PPBM-DAP-PKR, PN-PPBM-PAS, BN-PN-PPBM-PAS dan kini Kerajaan Perpaduan PH-BN-GPS-GRS pula..

Bahawa kesemua kerajaan2 tersebut itu diketuai oleh YDPA dan PM berbangsa Melayu serta beragama Islam.

Kita tidak boleh dan tidak akan bertuankan orang kafir kecuali jika kita mahu terjerumus sedemikian dalam dengan terus bersengketa sesama sendiri dan berpecah-belah kepada puluhan, ratusan bahkan ribuan organisasi.

Keadaan dan senario politik kini telah berubah, keperluan masyarakat juga turut berubah.

Justeru apabila landskap politik telah berubah, maka berubahlah keperluan masyarakat politik itu mengikut peredaran masa dan zaman..

Namun yang tetap tidak berubah hanhalah Tuhan.

Dia adalah Allah SWT, Tuhan yang maha esa, yang maha pengasih lagi maha penyayang, yang maha mengetahui akan setiap segala sesuatu.

Kepada Allah: “Kun Fayakun.” “Jadilah kata-Nya, maka terjadilah..!”

Subhanallah.

NBI

Leave a Reply