Oleh: Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia
Pendedahan yang dibuat melalui laman Facebook Adrian Lee Chee En di pautan di bawah ini benar-benar membuat rakyat semakin gelisah. Penjualan saham RM10 juta milik Menara KL Sdn Bhd kepada sebuah syarikat yang hampir dinyahsenaraikan daripada SSM amatlah menghairankan, tambahan pula syarikat berkenaan didakwa bukan antara pemain dalam bidang hartanah, pelancongan mahupun infrastruktur telekomunikasi.
Oleh itu, Wira PUTRA menggesa TM dan Menara KL Sdn Bhd untuk memberi penjelasan segera berhubung isu ini kerana ia sedikit sebanyak melibatkan dana awam kerajaan yang telah dimanipulasi secara diam-diam. Hal seperti ini tidak boleh diambil mudah dan TM perlu mengambil serius berkenaan dakwaan ini.
Situasi ini umpama syarikat berkepentingan kepada TM atau kerajaan Malaysia telah di samun secara halal dan memberi keuntungan kepada beberapa individu dan bukan lagi terhadap negara.
Sekiranya dakwaan ini tidak benar, TM atau Menara KL Sdn Bhd wajar menyaman pihak terbabit dan jika ia benar-benar berlaku Wira PUTRA mendesak TM dan Menara KL Sdn Bhd untuk membatalkan jualan dan mengambil balik saham pegangan TM dalam konsesi dan hak mengurus Menara KL.
Sekian.