KUALA LUMPUR, 28 Disember 2022 – Majlis Pelepasan Skuad MAIWP INSANI Misi Banjir 2022 telah dilepaskan di Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur Konvoi pelepasan telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, YBhg. Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Konvoi Misi bantuan banjir MAIWP INSANI akan bergerak ke Kelantan dan Terengganu bermula 28 sehingga 30 Disember 2022. Dalam misi tersebut, MAIWP akan menyampaikan bantuan kelengkapan barangan kepada mangsa banjir. Konvoi ini melibatkan seramai 108 pegawai MAIWP, anak syarikat MAIWP dan NGO yang bersama-sama terlibat dalam misi bantuan banjir MAIWP INSANI.
Sebanyak RM6 juta telah diperuntukan dalam misi bantuan banjir MAIWP INSANI adalah seperti berikut:
i) Sebanyak RM3 juta sumbangan bantuan kewangan kepada mangsa banjir kepada Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri. Setiap Negeri akan menerima RM1 juta.
ii) Sebanyak RM2 juta untuk misi bantuan banjir MAIWP INSANI dan barangan sumbangan seperti jug air elektrik, sejadah, kain batik, kain pelikat serta alatan pembersihan.
iii) Sebanyak RM1 juta salurkan bagi pasca banjir Skuad Musa’adah Agensi dibawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi bakul makanan dan kit solat.
Turut hadir bersama Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Fauzi bin Abidin Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dan Pengurus – Pengurus Anak Syarikat Milik MAIWP.