KUALA LUMPUR, 31 Januari 2022 – Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Hj Mohammad Anuar Mohd Yunos hari ini melakukan satu Laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung satu kenyataan berunsur fitnah dan didakwa berniat jahat yang mengatakan ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan’ di beberapa portal iaitu AgendaDaily.com, TheMalaysiaLive.com dan DialogRakyat.blogspot.
Menurut Setiausaha Politik PM, ketiga-tiga portal berkenaan telah membuat fitnah dan aibkan YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
Artikel itu sengaja diterbitkan oleh portal Agenda Daily semalam yang kemudiannya disiarkan pula oleh 2 portal lain adalah kenyataan yang dimanipulasi daripada kenyataan sebenar yang ditemubual oleh wartawan ketika di satu majlis sidang media di Parlimen Bera Sabtu 29 Januari 2022 lalu. Malah, ketika sidang media berkenaan, ketiga-tiga portal tersebut tidak kelihatan.
Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa terus menjalankan siasatan dan mengambil tindakan serius keatas pemilik portal tersebut yang menulis artikel palsu serta menyebarkannya untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap YAB Perdana Menteri.
Justeru, beliau berkata laporan itu adalah PALSU dan Fitnah.