KUALA LUMPUR, 31 Januari 2022- Buat julung kalinya, satu kerjasama strategik di antara syarikat tekstil terkenal negara yang tidak asing lagi iaitu Kumpulan Jakel (Jakel) dan stesyen televisyen tanahair iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dimeterai bagi tajaan pakaian ikon ikon pembaca Berita Perdana RTM. Walaupun Jakel dan RTM sudah menjalinkan hubungan baik sejak diawal penubuhan Jakel lagi iaitu pada tahun 1985 melalui pengiklanan di stesyen-stesyen RTM, namun ianya hanya pada skala kecil setiap tahun terutama menjelang musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Kali ini kerjasama tersebut adalah bagi mendokong hasrat YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa yang inginkan syarikat Bumiputera berdaya saing menggunakan saluran RTM sebagai platform mempromosikan produk yang berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia setelah pelbagai transformasi dilakukan kepada RTM. Jakel kali ini dengan kerjasama RTM mengorak langkah bersama untuk menjayakan usaha ini. YB Menteri telah hadir bagi menyempurnakan majlis yang menandakan kerjasama antara Jakel dan RTM dilancarkan bermula Februari 2022.
Dengan banyaknya program-program baru di RTM yang menarik minat ramai warga muda diluar. sana, ianya telah mendorong Jakel utk mengambil peluang kali ini dgn penajaan berbentuk “in kind” kepada 14 pembaca Berita Perdana RTM yang muda dan bergaya bersesuaian dengan tagline Jakel iaitu “FASHION WITH PASSION”. Justeru itu, ia diharapkan dapat memberi satu wajah baru kepada dunia penyiaran RTM agar tampak lebih bertenaga dengan gabungan fabrik dan fesyen yang pastinya ada elemen moden serta kontemporari, sesuai dengan gaya masakini.
Seperti yang semua sedia maklum, ramai yang terkesan ketika pandemik melanda dunia termasuklah kesan bencana cuaca yang telah melanda negara kita. Warga Malaysia juga tidak dapat menyambut Hari Raya seperti biasa sejak pandemik melanda pada tahun 2020 hingga kini. Namun, Alhamdulillah tahun ini, seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tempohari, kita diberi peluang untuk beraya dan pulang ke kampung bersama keluarga pada tahun ini. Justeru Jakel merasakan tanggungjawab kami untuk memberikan sesuatu yang lain dari tahun tahun sebelum ini iaitu fabrik-fabrik Baju Raya dengan harga yang jauh lebih murah dan mampu milik bagi mengembalikan keceriaan kepada seluruh masyarakat dalam menyambut perayaan dan majlis-majlis perkahwinan kelak.
Pelbagal kaedah telah Jakel sediakan untuk membantu mereka yang terkesan bagi berbelanja untuk Hari Raya kali ini. Selain harga runtuh, Jakel juga menawarkan kaedah pembayaran seperti POTONG DULU, BAYAR KEMUDIAN dengan skim ansuran bayaran dari Maybank dan Affin Bank. Para pelanggan juga boleh membeli dengan menggunakan kad dari bank tersebut dengan ansuran bulanan dari 6 bulan ke setahun. Ini dapat memberi peluang kepada mereka yang perlu berbelanja untuk Hari Raya tetapi mempunyai bajet kewangan yang terhad. Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil peluang untuk menyediakan kemudahan ini sejak beberapa tahun. yang lalu bagi memberi pilihan kepada para pelanggan bagi meringankan beban kewangan mereka.
Bersesuaian dengan hasrat Kementerian melalui RTM bersama YB Menteri yang berjiwa rakyat. Jakel yakin bahawa pelanggan-pelanggan akan berpuas hati dengan memilih Jakel sebagal sebuah pusat untuk membeli persiapan Hari Raya.