Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pihak PPIM bersedia untuk menghukum pemimpin politik yang hanya pandai berkata-kata ketika PilihanRaya dan tidak membantu rakyat sehingga mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati rakyat.
PUTRAJAYA, 2 Februari 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengan Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) hari ini menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob di Bangunan Perdana Putra Putrajaya berhubung dengan tuntutan pihak Persatuan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) mahukan YAB Perdana Menteri meletakkan orang dalam industri sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya mahu menang pada PRU15 kelak.
“Sudah tiba masanya kita tak boleh terima pemimpin yang sombong, angkuh, cakap bohong untuk memimpin negara kita. Kita tak mahu lagi diskriminasi,” katanya ketika di satu majlis pagi tadi.
Terdahulu, PPIM bersama dengan PPDM menyerahkan memorandum tuntutan Pemain Industri kepada semua wakil parti-parti politik di Brainy Bunch International School, Cyberjaya, Selangor.
Turut hadir, Pengarah Komunikasi PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Fahmi Fadzil; Setiausaha Kerja Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) YBhg Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya; Setiausaha Agong PUTRA YBhg Borhan Ahmad Zakaria; Ahli JawatanKuasa Eksekutif Pusat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Ismail Nasaruddin serta Timbalan Pengerusi Penaja Parti Kuasa Rakyat N Gobalakrishnan.
Walaupun PPIM sebuah NGO yang sudah berusia 25 Tahun, namun ianya tidak menghalang sesiapa pun yang menyokong memorandum yang dibawa Pemain Industri Pengangkutan Darat untuk mendapatkan pembelaan.
Manakala PPDM pula yakin dengan jawatan Menteri Pengangkutan yang dilantik orang dalam industri sendiri dapat menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi mereka tanpa perlu mengabaikan kebajikan Pemain Industri.
Namun, percaya pihak yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat sahaja yang akan bersetuju dengan semua tuntutan ini.
[…] https://ashrafzainalgr.wordpress.com/2022/02/02/lantik-orang-industri-sebagai-menteri-pengangkutan-a… […]