4 blok Rumah Pangsa di Taman Melati yang melibatkan 40 buah rumah mengalami kerosakan akibat Hujan Lebat dan Angin Kencang yang melanda 24 Januari lalu.

Rentetan dari kejadian tersebut, atas arahan YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Sri Dr Shahidan Kassim, bumbung di Rumah Pangsa Taman Melati Kuala Lumpur itu akan segera di baik pulih dan mengambil masa dalam 3 minggu untuk disiapkan.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Sri Jalaluddin Alias, pihak Yayasan Wilayah Persekutuan telah pun memulakan kerja-kerja baik pulih bumbung rumah pangsa dengan segera berkenaan selepas menerima arahan daripada YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Sri Dr Shahidan Kassim.

” Beberapa perjumpaan telah pun diadakan bersama penduduk Blok yang terjejas dan Pihak Yayasan Wilayah Persekutuan memaklumkan kerja-kerja baik pulih ini akan mengambil masa dalam 3 minggu.

Ini kerana, stok bahan binaan yang lambat tiba berikutan pembekal bahan binaan tersebut sedang dalam cuti menyambut Perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

“Untuk itu, kerja-kerja pemasangan ‘canvas’ serta ‘joining’ yang dilakukan telah mengalami kerosakan berikutan bumbung dibadai ribut sekali lagi minggu lepas.

“Oleh itu, Yayasan Wilayah Persekutuan pada minggu ini terus membaiki semula bumbung yang terjejas dan berharap kerja-kerja baik pulih dapat disiapkan dengan segera. Tambahan pula, atap-atap yang telah ditempah akan sampai ke lokasi secara berperingkat minggu ini dan selewat-lewatnya minggu depan.

“Saya turut dimaklumkan bahawa, Pengerusi Gabungan NGO Flat Taman Melati yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 4B, Tuan Abu Bakar Ismail sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan pihak YWP dalam memastikan kerja-kerja baik pulih berjalan mengikut jadual.

“Suka juga untuk saya nyatakan disini bahawa, pihak YWP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL telah pun memberikan bantuan makan malam, sarapan, dan tengah hari untuk 200 orang yang terlibat dari Semasa ke Semasa di Pusat Pemindahan Sementara yang telah disediakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sejak isnin lalu.

Terdahulu, pihak Yayasan Wilayah Persekutuan pada 27 Januari lalu turut menyalurkan sumbangan wang tunai sebanyak RM250 per keluarga kepada 46 buah keluarga terjejas.

Leave a Reply