Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) akan terus menyokong peniaga-peniaga Wanita Islam Malaysia yang menjalankan perniagaan emas.

Untuk itu, pada bulan Ramadhan nanti, DEWI akan memperkenalkan satu jenama yang baharu iaitu “Links of Malaysia”.

Pengasas DEWI Datin Raskidah Ali berkata, LOM kini sudah siap sedia untuk menjadi satu jenama yang ikonik serta yakin perniagaan ini mendapat sambutan menggalakkan di peringkat Antarabangsa.

Menurut Datin Raskidah, usaha DEWI ini untuk membantu lebih ramai lagi wanita islam menceburi perniagaan ini.

“LOM ini merupakan produk yang mampu untuk ditembusi di pasaran antarabangsa serta mampu menarik minat hati rakyat antarabangsa untuk memiliki emas jenama LOM ini.

“DEWI mempunyai rakan niaga di beberapa negara lain seperti China, Filipina, Indonesia, dan Iran yang mempunyai komuniti muslim yang ramai.

“LOM katanya menawarkan beberapa barang kemas yang moden bergaya yang direka khas untuk lelaki dan wanita.

“Antara produk yang ditawarkan ialah Gelang Tangan ‘Trisya’.

“LOM juga baru-baru ini telah pun melancarkan produk pertamanya berasaskan muzik tradisional iaitu Gong. Tambah Datin Ras pula, produk akan datang yang turut akan dilancarkan ialah Wau, Keris, Terompah Melaka, Stadium JDT, Manggis, Durian, serta reka bentuk yang menepati citarasa tempatan. Produk ini dijangka akan mampu menarik minat orang ramai disamping dapat memperkenalkan rekabentuk anak tempatan dengan tema tempatan.

“Tiada gelang yang kelihatan sama jenis. Ia bagi membolehkan LOM tampil dengan gaya tersendiri, dan pilihan yang menarik,” kata Datin Ras.

Untuk lelaki pula, terdapat juga produk yang direkacipta LOM sesuai mengikut hukum islam seperti Butang Baju Melayu yang diperbuat daripada Suasa mahupun Perak.

Datin Ras yakin produk-produk keluaran LOM nanti bakal meletop dipasaran dengan menawarkan harga yang munasabah dan mampu milik.

Koleksi-koleksi LOM seperti Loket, Gelang , dan Cincin yang menarik disamping ianya boleh dibuat ukiran nama, ucapan secara PERCUMA.

Selain itu, LOM juga turut menawarkan perkhidmatan baikpulih, tukar beli emas.

Turut hadir sessi perkenalan LOM ini ialah Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan Yang Teguh (SustNET) Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan, dan rakan niaga yang lain serta pereka muda Siti Nur Anati Muhammad Khairi dan Khairunnisa Ab Rahman.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Tel : 603 9226 3108

Media Sosial LOM :
LinksOfMalaysia

Instagram : @LinksOfMalaysia

Laman Sesawang :
www.ighouse.com
www.ifintechsolutions.com
www.imasgold.com

Leave a Reply