KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sentiasa berusaha membantu membangunkan pembangunan insan masyarakat luar bandar, Kementerian hari ini melancarkan E-Desa bagi membantu masyarakat luar bandar menjalankan kegiatan ekonomi bagi meneruskan kehidupan setelah rakyat terpaksa berhadapan dengan beberapa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid-19 melanda dunia sejak 2 tahun lepas.
Sebanyak 90 peratus peniaga Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) terkesan dengan pandemik covid-19. Bagaimanapun, seperti kata pepatah melayu, Muncul Pelangi Selepas Hujan setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi pasti akan ada jalan penyelesaiannya.
Sebelum ini, segala jualan mahupun dagangan secara atas talian “online” yang pada mulanya sepi mula mencetuskan Fenomena. Contohnya, dari sekecil aiskrim Malaysia yang berharga RM1 sehingga lah ke produk berjenama keluaran Usahawan tempatsn yang dipasarkan melalui platform berkenaan.
Ada dikalangan peniaga yang bijak mengambil peluang untuk meluaskan aktiviti Perniagaan mereka diperingkat antarabangsa seolah pandemik covid-19 ini bukanlah satu masalah untuk mereka menjalankan perniagaan.
“Saya juga turut melihat ‘trend’ di beberapa E-Dagang yang popular seperti Shopee, LAZADA, AliBaba dan lain-lain yang menghasilkan beberapa produk dari beberapa Negara luar seperti China, Belanda, Perancis, Taiwan bahkan Indonesia yang banyak mengiklankan perniagaan di platform E-Dagang bagi menarik minat pembeli dari Malaysia untuk membeli, kata Datuk Sri Mahdzir Khalid.
Ia membuktikan platform ini mampu mengetengahkan produk keluaran anak-anak tempatan khususnya dari golongan IKS di luar bandar ke peringkat yang lebih tinggi.
Sehubungan itu, dengan wujudnya aplikasi E-Desa yang dibangunkan pasangan anak jati Kuala Nerang iaitu saudara Saiful Zaharin bin Zakariya dan Puan Fadhilah binti Azmi ia dapat menganjakkan lagi martabat serta nilai pasaran produk IKS luar bandar.
“Nama E-Desa itu sendiri sudah menggembirakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kerana ia secara tidak langsung mewakili kelompok masyarakat luar bandar. Juga melihat nama ini sudah memberi gambaran awal serta haluan tentang produk-produk yang dihasilkan, kata Datuk Sri Mahdzir Khalid lagi.
Selepas ini orang ramai akan lebih mengenali produk Kopi Dangau berbanding Nescafe ketika ini. Ianya tidak mustahil dengan usaha yang berterusan dan tidak mengenal erti putus asa.
Melalui tagline E-Desa “Produk Orang Kita” ini yang mana ia menggambarkan aplikasi ini adalah milik syarikat Malaysia yang menggunakan kepakaran anak Malaysia 100%.
Selain itu, E-Desa hanya memasarkan produk tempatan dan peniaganya juga adalah daripada syarikat tempatan. Dijangkakan sebanyak 10 ribu orang peniaga tempatan akan memasarkan produk masing-masing di dalam aplikasi E-Desa ini menjelang akhir tahun ini.
Aplikasi ini mengandungi lima modul utama yang dibangunkan secara berperingkat termasuk produk, penghantaran lokal dan barangan basah, Inap Desa, perkhidmatan dan serbaneka, E-Desa menjadi satu-satunya aplikasi edagang khusus kepada kelompok peniaga IKS yang bersifat tempatan dan global.
Sehubungan itu, E-Desa juga akan memberi peluang dan ruang kepada produk produk orang kampung ini dipasarkan dengan lebih meluas dan aplikasi ini bakal menjadi aplikasi yang wajib ada bagi setiap rakyat Malaysia seperti Shopee terutama dalam membeli serta mendapatkan produk dan perkhidmatan buatan Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada pasangan anak jati Kuala Nerang iaitu saudara Saiful Zaharin bin Zakariya dan Puan Fadhilah binti Azmi kerana berjaya menghasilkan aplikasi E-Desa ini.