Kuala Lumpur, 2 Mac 2022 Universiti Teknologi MARA (UITM) dan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) bagi memperkukuh kerjasama secara rasmi yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak bertempat di Tanjung Lounge World Trade Centre Kuala Lumpur Memorandum itu ditandatangani oleh Naib Canselor UITM, Professor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif En Mohd Yusni Junos serta disaksikan oleh Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UITM Prof Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari dan Ketua Pengarah Urusan WTCKL. Dato Sri Dr Hj Irmohizam Haji Ibrahim.

“Kerjasama strategik ini diperlukan bagi memperkukuh hubungan industri untuk memastikan UiTM kekal berdaya saing melalui perkongsian pengetahuan dalam sektor Meetings Incentives Conferences and Exhibitions (MICE) dan Business Events Industry WTC Kuala Lumpur merupakan salah satu penyumbang besar kepada industri MICE untuk Malaysia yang mana WTC juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada bakal graduan UITM melalui pembangunan lestari yang seiring dengan kelangsungan ekonomi, Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor

Professor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor turut merakamkan penghargaan atas kerjasama rasmi yang dijalinkan, justeru berharap dapat membawa banyak inisiatif yang menghasilkan sinergi yang produktif dengan nilai akademik yang terbaik, khususnya dalam menangani jurang pengetahuan dan kemahiran antara industri dan akademik Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan adalah diantara pemain utama untuk industri pengurusan acara dan telah dikenalpasti oleh QS world ranking sebagai salah sebuah institusi terbaik dunia (No 2 di dalam Malaysia) dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan.

Sementara itu Dato’ Sri Dr Hj Irmohizam Haji Ibrahim berkata, adalah penting bagi organisasi WTC Kuala Lumpur untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak industri termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkaliber dalam mencari formula baharu bagi menjamin kelestarian sektor hospitaliti yang kini turut berdepan cabaran pemulihan modal insan selepas pandemik. “Kerjasama bersama UiTM ini bukan sahaja mampu melahirkan modal insan yang lebih berkemahiran malah berupaya memanfaatkan perkembangan organisasi kedua-dua pihak,” katanya

Pemeteraian MoC tersebut turut memfokuskan kepada pertukaran kepakaran dalam industri MICE ianya dapat mewujudkan peluang penganjuran aktiviti atau projek yang memberikan manfaat bersama meliputi persidangan, kursus-kursus jangka pendek serta isu penyelidikan berkaitan pelancongan selain kedua-dua organisasi saling mempromosi maklumat dan aktiviti berkaitan dalam ruang lingkup kerjasama ini

Leave a Reply