Kali terakhir Perlembagaan Persekutuan dipinda adalah melalui Akta A1320 yang mula berkuat kuasa pada 27 Disember 2007. Difahamkan Perlembagaan Persekutuan diterjemahkan pada tahun 1963 memberi garis panduan kepada Kerajaan yang memerintah (Government of The Day) dan Rakyat Malaysia, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang telah termaktub. Antaranya, “Kebebasan Bersuara dan Kebebasan Memilih”.
Kini Akta 342 bakal dipinda oleh kerajaan yang memerintah mengundang pelbagai pertanyaan rakyat. Apakah tujuan, keperluan, isu mendesak, implikasi pindaan ini?
Rakyat mempersoalkan;
- Surat Persetujuan untuk vaksinasi yang tidak diberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat menjurus kepada kezaliman dan pengkhianatan (treason), Kerajaan melepaskan tanggungjawab sebagai kerajaan yang seharusnya membela nasib rakyat. Tiada ruang pengaduan dan pampasan jika berlaku kematian dan kesan sampingan.
- Selepas dua tahun pandemik, kerajaan tidak mampu mengurangkan jumlah kes Covid yang masih tidak banyak berubah dan jumlah kematian dengan kes AEFI yang tinggi menggambarkan Vaksin berupaya memainkan peranan “genocide”.
- Rakyat dijanjikan, Istilah Herd Immunity, dengan pengambilan Vaksin Covid, bermula dengan Dos pertama, Dos Kedua dan kini Dos Penggalak Ketiga, dan diikuti Dos Keempat dan ianya seolah-olah satu tipu daya. Rakyat melihat ini adalah satu kegagalan dan pembohongan serta satu pembaziran BERBILION BILLION wang rakyat. Semua ini terbukti tidak berupaya untuk bertindak sebagai membantu sistem imun, tidak berupaya bertindak sebagai pelindung, malah masih terpaksa mematuhi SOP yang sama, dan paling malang. mengakibatkan ratusan ribu yang terkesan sampingan yang serius.
- Kerajaan menabur janji-janji palsu dengan mewar-war dalam iklan TV dan Sosial Media vaksin itu selamat. Apabila berlaku kematian dan AEFI, kesannya merangkumi perpecahan keharmonian keluarga, anak pinak dan penceraian suami isteri.
- Rakyat kini sedia maklum yang keseluruhan program vaksin selama dua tahun ini dalam apa jua bentuk, merupakan “Eksperimental Vaksin Ke atas Manusia”. lanya satu jenayah, perbuatan yang tidak beretika, yang melanggar prinsip etika perubatan dan kemanusiaan. Amalan sedemikian termasuk menafikan hak pesakit untuk mendapatkan persetujuan : termaklum, melalui menggunakan rangka kerja pseudoscientific seperti perlumbaan sains, dan penyeksaan di bawah penyelidikan samaran. Yang paling menggerunkan Experimental Vaksin dipaksa ke atas anak anak dan seluruh rakyat Malaysia. Apa akan berlaku jika ianya benar-benar memudaratkan?
- Hak Kebebasan rakyat terus dinafikan apabila rawatan alternatif diharamkan, Hak solat disekat, Hak bersuara dihalang, akhirnya semua hak dilucutkan.
- KKM bekerjasama dengan Pfizer dan W.H.O melumpuhkan sistem perubatan negara dan menafikan demokrasi berpelembagaan.
- Permainan dan perjudian Coronavirus Wuhan dan Vaksin keluaran Syarikat gergasi Pharmaceutikal berperanan menjatuhan Ekonomi Global
- Semua jenama Vaksin Coronavirus, jelas adalah “Gene-Altering RNA Vaccine” (Sir Dr Vermon Coleman dan ramai pakar yang lain), akan menukar gaya hidup, kebebasan hidup, menghadkan kebebasan bergerak dan melemahkan kesihatan aslian dan kesejahteraan umum. Sesuatu yang ada di dalam vaksin akan merubah cara kehidupan kita untuk selama-lamanya.
- Vaksin dipaksa secara proksi, orang ramai yang musykil vaksin tetapi dipaksa ke atas mereka melalui jabatan-jabatan tempat mereka bekerja.
Rakyat Mohon JUSTIFIKASI kenapa setelah dipaksa vaksin ke atas mereka, mereka masih disasar untuk “dikorbankan”, disasar untuk “dipersalahkan”, disasar untuk “diperbodohkan”, disasar untuk “diperlembukan” seperti cucuk hidung, mengikut Seksyen 21A No1 dan No2 dengan amaran yang kurang bijak berbunyi, melanggar mana-mana arahan, dengan apa-apa cara jua. Kuasa mutlak ini akan menghancurkan segala usaha untuk memulihkan keadaan kepada normal.