SHAH ALAM, 21 Mac 2022 – Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi YB Tan Sri Noh Omar mengingatkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar tidak menyaman usahawan-usahawan mikro yang sedang berniaga di dalam kawasan PBT.

Menurut Tan Sri Noh Omar, pihak kerajaan sememangnya amat prihatin dengan nasib yang dialami usahawan mikro selepas berlakunya pandemik covid-19 di Malaysia sejak 2 tahun lepas dan berlakunya banjir besar yang berlaku di Selangor.

Tan Sri Noh Omar juga berkata, usahawan-usahawan mikro sememangnya harus dibantu. Berikanlah, permudahkanlah usahawan mikro untuk berniaga.

“Kerajaan bagi geran ini untuk membantu usahawan, bukannya untuk membayar saman PBT”, katanya dihadapan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia selepas merasmikan program Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disini pagi ini.

“Kita Faham mungkin ada dikalangan usahawan-usahawan ini yang mengganggu lalulintas, menganggu ketenteraman awam serta melanggar undang-undang.

“KUSKOP memohon dalam tempoh ini berilah peluang kepada usahawan mikro, berikan nasihat, dan janganlah terus ambil tindakan. Jadi tidak ada maknanya apabila kerajaan persekutuan bagi dana untuk berniaga maka pihak PBT nak menyaman usahawan untuk berniaga. Dana yang diberikan bukan untuk mereka membayar saman,” katanya selepas merasmikan program Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disini hari ini.

Leave a Reply