Petaling Jaya, 24 Mac 2022- Sime Darby Plantation Berhad (SDP) han int mengumumkan penyertaan 11 rakan niaga yang terpilih bagi Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera yang dikelolakan oleh syarikat tersebut untuk meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengumuman tersebut dibuat sewaktu berlangsungnya Hari Pembangunan Usahawan Sime Darby Plantation 2022 di ibu pejabat syarikat tersebut di Ara Damansara yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Turut diumumkan di majlis tersebut, enam syankat vendor Bumiputera yang dianugerahkan sijil tamat penyertaan setelah mengikuti dengan jayanya program tersebut sepanjang tempoh lima tahun yang lalu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Mohamad Helmy Othman Basha, komitmen SDP untuk membantu usahawan Bumiputera melalui program PPV telah bermula sejak tahun 2014 lagi, sewaktu syarikat itu masih lagi merupakan anak syarikat dalam Kumpulan Sime Darby Komitmen tersebut diteruskan selepas SDP mula tersenarai sebagai syarikat berhad pada akhir tahun 2017 Sehingga hari ini, jumlah perolehan SDP yang melibatkan vendor-vendor Bumiputera melalui program tersebut telah melebihi RM200 juta.

“Peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti kami untuk membantu membangunkan para usahawan Bumiputera supaya menjadi lebih kompetitif adalah amat penting Melalui Program Pembangunan Vendor Bumiputera, Sime Darby Plantation tidak hanya membantu memperkasakan para usahawan, kami juga membina kerjasama yang rapat dengan rakan-rakan niaga yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan aktiviti-aktiviti perolehan dalam mencapai nilai optimum dan menjaga kepentingan pemegang-pemegang saham,” ujar beliau lagi.

Vendor-vendor yang di terima untuk menyertai PPV di SDP berpeluang untuk menimba pengetahuan dan meningkatkan kemahiran melalui pelbagai program latihan yang disediakan oleh SDP serta agensi-agensi teknikal terpilih yang merangkumi pelbagai subjek kemahiran seperti pengurusan perniagaan, logistik, kualiti dan produktiviti.

Bersesuaian dengan fokus syarikat tersebut kepada inisiatif-inisiatif mekanisasi dan inovasi perladangan, Ketua Pegawai Pekhidmatan Operasi SDP, Adi Wira Abd Razak berkata, pada tahun ini SDP juga telah mengenalpasti vendor Bumiputera yang akan bekerjasama dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan.

“Kami ingin mempelawa lebih ramai lagi syarikat Bumiputera untuk mendaftar sebagai vendor kami, terutamanya syarikat-syarikat yang boleh memperkenal inisiatif inisiatif inovatif, serta membantu menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi industri sawit Negara seperti masalah kekurangan pekerja yang memberi impak kepada produktiviti.” ulas beliau lagi.

Dalam menyahut cabaran aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan cemerlang menjelang 2030, di majlis tersebut SDP turut mempelawa para usahawan Bumiputera, khususnya dari golongan B40, untuk mengusahakan tanaman alternatif di lot-lot tanah terpilih di bawah talian pembekalan elektrik yang berlokasi di sekitar kawasan operasi Sime Darby Plantation di seluruh negara. Setakat ini, beberapa projek penanaman nenas telahpun diusahakan oleh para usahawan Bumiputera di lot-lot tanah tersebut.

Syarikat-syarikat yang berminat untuk mendaftar sebagal vendor Sime Darby Plantation Berhad adalah dipelawa membuat permohonan di laman sesawang:

https:/procure.simedarbyplantation.com

Leave a Reply