Kuala Lumpur –Tahun ini merupakan 25 tahun Perjuangan PPIM. Sejak penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 14 Jun 1997 PPIM telah menjalinkan kerjasama erat bersama rakan-rakan Sinergi PPIM khususnya dalam meningkatkan kesedaran awam tentang hak dan peranan pengguna. Alhamdullilah, pelbagai masalah dan isu kepengunaan telah berjaya diselesaikan dan dibantu.
Pada 09 April 2022 Zain’s International dan PPIM telah melaksanakan majlis menandatangani MOU di Tazyeen Restaurant Arabic And Mughlai Cuisine bagi membantu Tabung Perjuangan PPIM. Pada majlis tersebut juga Anak-anak Yatim dan Tahfiz Al-Hidayah Jalan Gurney, juga rakan-rakan media turut
dijemput dan disantuni bagi Majlis berbuka puasa.
Ujian pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia tentunya memberi impak besar buat kita semua. Ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan. Dengan itu, Zain’s International Sdn Bhd telah terpanggil untuk bersama-sama dalam memperjuangkan hak kepenggunaan dan menyantuni golongan sasar yang memerlukan bagi meringankan ujian mereka, melalui sumbangan dan penglibatan secara langsung bagi Tabung
Perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di bawah selian Unit Kebajikan PPIM.
Jalinan kerjasama ini turut melibatkan jalinan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Group Sdn Bhd.
“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama-sama menghadapinya dan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. Oleh yang demikian Unit Kebajikan PPIM bersama-sama Zain’s International Sdn Bhd, beberapa organisasi dan parapenyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan.
Pelbagai aduan berkaitan masalah hidup yang datang dari pengadu ke PPIM. Mereka yang ini merupakan golonganyang teraniaya, tersepit dalam ujian hidup, ASNAF dan B40 yang sangat terkesan ketika kita semua berhadapan pandemik Covid-19. Ada diantara mereka ini telah meminjam daripada Ah Long dan telah menemui jalan buntu. Mereka juga di tekan dengan ugutan dari Ah Long yang akhirnya telah datang membuat aduan di PPIM. Mereka ini meminta pertolongan bagi menyelesaikan masalah mereka. Bayangkan pinjaman yang dibuat hanyalah RM100 tetapi mereka perlu membuat pembayaran sehingga ribuan ringgit.”-Datuk Nadzim Johan (Toqqi@KetuaAktivis-PPIM).
“Kami mahu mereka diluar sana yang telah datang di PPIM merasakan masih ada yang peduli dan sayang kepada mereka. Sebelum ini, bentuk bantuan yang diberikan adalah INFAQ REZEKI berupa barangan asas keperluan dapur juga bantuan lain mengikut keperluan setelah penilaian yang sewajarnya
dilakukan. Dana bantuan ini di kumpulkan melalui Platform atas talian iaitu sumbangan.com.
Alhamdullilah, kini beberapa RAKAN SINERGI PPIM tampil untuk berkolaborasi dan turut sama ingin meringankan beban golongan sasar menerusi Tabung Perjuangan PPIM ini diharap akan membuka mata lebih banyak para Penaja yang sedar akan perjuangan PPIM bagi menyantuni golongan sasar yang memerlukan pertolongan. Ada diantara para pengadu yang memerluan khidmat nasihat guaman yang sedia maklum akan menelan belanja yang agak besar. Melalui jalinan Kerjasama dari pelbagai pihak ini juga di lihat InsyaAllah akan memberikan IMPAK yang POSITIF dan PPIM sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam Tabung Perjuangan PPIM ini supaya lebih ramai akan menerima manfaat” – Puan Siti Khadijah Hassan Berseri (Ketua Operasi – Unit Kebajikan PPIM).
Zain’s International Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr. Tazyeen Zahra Abidi. Beliau merupakan pengarah dan pengasas bagi Zain’s International Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan perdagangan dan merupakan pembekal barangan keperluan dan runcit kepada beberapa Pasaraya Besar di Malaysia. Antara jenama yang dibekalkan ialah Go-Max, Sherry’s Chocolate Treats dan mewakili beberapa jenama terkenal iaitu Macroman, Macrowomen, Denven dan Blooms. Zain’s International Sdn Bhd telah bertapak di Malaysia lebih dari sedekad
yang lalu.
“Zain’s International Sdn Bhd telah berkolaborasi bersama Unit Kebajikan PPIM dengan menyalurkan sumbangan bagi Tabung Perjuangan PPIM sebanyak RM2,500 sebulan secara sukarela untuk tajaan seorang Aktivis PPIM bagi membantu kelancaran pengoperasian dan gerak kerja Perjuangan PPIM dalam membantu Ummah. Kami berharap dengan kerjasama ini, dapat membantu serba sedikit kepada yang memerlukan dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.” – Datuk Seri Dr. Tazyeen Zahra Abidi.