Pada 17 hingga 21 Mac 2022 lepas berlangsungnya Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022 yang telah diadakan di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan. Pihak Persatuan Gabungan Muaythai Selangor (PGMS) telah menghantar seramai 21 orang atlet (peninju) terdiri daripada 14 orang peninju lelaki dan 7 orang peninju wanita. Kesemua mereka adalah merupakan ahli kelab-kelab Muaythai di seluruh Selangor yang telah dipilih berdasarkan prestasi dan rekod yang cemerlang di kejohanan-kejohanan yang telah pun mereka sertai sebelum ini.

Pencapaian kali ini telah melangkaui target asal dimana pihak PGMS hanya menyasarkan 1 Emas sahaja tetapi telah berjaya membawa pulang 7 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa. Selain itu Kontinjen Selangor juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kategori Elit Junior 2022 dan mendapat ranking nombor 3 Kebangsaan.

Berikut ialah senarai nama pemenang pingat untuk negeri Selangor:-

Emas

Umarusman Bin Abu Bakar (Senior Male 60-63.5kg)
Hasril Nazmi (Senior Male 54-57kg)
Raja Izaffudin Petra Bin Raja Anuar (Junior Male 30-35kg)
Raja Izara Sofea Bin Raja Anuar (Junior Female 20-25kg)
Muhammad Ilham Adm Bin Mohd Zul Helmie (Junior Male 35-40kg)
Mia Nur Al Amani Binti Muhammad Nashary (Junior Female 40-45kg)
Siti Nurazila Binti Mazlan (Senior Female 60-63.5kg)

Perak

Wan Mohd Hakim Bin Wan Jafar (Senior Male 91kg+)
Muhammad Nasmuddin Bin Mohd Shukri (Junior Male 42-45kg)

Gangsa

Wan Zulaikha Andini Binti Wan Kamarudin (Senior Female 42-45kg)
Siti Nurazila Binti Mazlan (Senior Female 48-51kg)
Muhamad Danial Bin Abdul Kadir (Senior Male 51-54kg)
Aizan Fazlyana Binti Roslan (Senior Female 45-48kg)
Nurul Shuhada Binti Husin (Junior Female 40-45kg)
Nur Balqis Alyaa Binti Mohd Zul Helmie (Junior Female 40-45kg)

Seterusnya, Pasukan Muaythai Kontinjen Selangor juga telah berjaya memenangi beberapa anugerah semasa di Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022.

Antaranya ialah:

Best Boxer Award Junior Female Under 16 Years Old
Mia Nashary

Best Boxer Award Junior Female Under 12 Years Old
Raja Izara Sofea

Anugerah Pengurus Pasukan Terbaik Malaysia 2022
Encik Mohd Shafiq Bin Ahmad (Pengurus Selangor)

Pihak PGMS telah pun merancang untuk membuat Siri Jelajah Muaythai Selangor yang akan masuk ke setiap daerah di negeri Selangor untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan Muaythai. Bersempena bulan Ramadan ini, seorang dermawan yang tidak ingin disebut namanya melalui PGMS telah menyenaraikan beberapa orang atlet Muaythai yang bertaraf asnaf untuk menerima sumbangan Infaq Ramadan bagi meringankan sedikit perbelanjaan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Akhir sekali, PGMS berhasrat agar mendapat sokongan seluruh warga negeri Selangor untuk terus menyumbang bakti melalui sukan Muaythai seterusnya dapat membangunkan sukan tempur ini di negeri Selangor. PGMS juga berharap syarikat-syarikat di negeri Selangor boleh membantu menaja pasukan Selangor untuk tujuan pembagunan sukan Muaythai di negeri Selangor yang mana akan meningkatkan mutu dan permainan atlet Muaythai Selangor menjelang SUKMA KL 2022 yang akan berlangsung pada bulan Ogos akan datang.

Leave a Reply