Di kala sembilan negara seperti Singapura, New Zealand, Denmark, Sepanyol, Itali, Perancis, UAE, Amerika Syarikat, Yunani, Iceland dan Korea Selatan mengumumkan penamatan peraturan pemakaian pelitup muka, negara kita pula mengumumkan kewajiban memakai pelitup muka perubatan dengan tanda Sirim.

Apakah sebenarnya di sebalik pelaksanaan mewajibkan kelulusan Sirim pada pelitup muka lebih-lebih lagi bukan perubatan?

Pada 7 April 2022 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menangguhkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang diwartakan pada 4 Julai kepada 1 Januari tahun depan, ia tetap akan dilaksanakan jua.

Menurut akta yang diperuntukkan, untuk individu yang gagal berbuat demikian, boleh berdepan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan KPDNHEP bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen berhubung denda terhadap individu dan syarikat berkaitan pelitup muka bukan perubatan yang gagal patuh piawaian itu.

Ramai keliru dgn kenyataan KPDNHEP merujuk perkataan ‘individu’ yang didenda berikutan tidak dinyatakan begitu jelas.

Sehingga netizen mempersoal, bagaimana tindakan terhadap pembeli yang membeli pelitup muka terus dari luar, menerusi akaun Shopee atau Lazada, untuk kegunaan sendiri.

Bagaimana pula, individu yang belum mempunyai syarikat kerana menjalankan jualan pelitup muka tanpa perubatan secara kecil-kecilan, adakah boleh didenda juga?

Susulan keresahan disuarakan rakyat, KPDNHEP kemudian menjelaskan, perkataan ‘individu’ merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian bahawa orang perseorangan yang menjual pelitup muka bukan perubatan, bukannya penggunanya.

Daripada semua kekeliruan ini, adakah pihak tertentu mahu berselindung di sebalik perundangan untuk memastikan jualan produk mereka terjamin dan memonopoli pasaran?

Peraturan Sirim sepatutnya dikuatkuasakan sebelum berlaku lambakan topeng muka dari negara luar.

Memang kita akui kewujudan Sirim memastikan barang-barang kesihatan, elektrik mematuhi piawaian Malaysia.

Selama ini pelekat hologram pada kotak pun boleh ditiru, bagaimana emboss logo Sirim pada pelitup muka pula?

Sudah tentu perolehan kerajaan diwajibkan mengemukakan pertaulihan Sirim sebelum membekalkan barang itu kepada Kementerian.

Rakyat sebenarnya bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kenyataan mengelirukan itu, mereka turut menyuarakan pendapat ada yang tidak berkemampuan untuk membeli waima pelitup muka berharga RM3 sekotak sekalipun dek kerana ianya dianggap beli pakai buang sahaja.

Apatah lagi pelitup muka yang mempunyai cop Sirim, sudah pasti bukan lagi pada nilai marhaen.

Ada juga mahu penjelasan lain, jika pelitup bukan perubatan, siapa yang akan menentusahkan ia perubatan atau bukan perubatan.

Dalam kekecohan ini juga, tiba-tiba muncul pula pelitup muka daripada anak menantu pemimpin kanan kerajaan yang kononnya mempunyai tanda SIRIM.

Kebetulan ya?

Jadi akhirnya yang untung dalam industri pelitup muka ini tentunya kroni-kroni pembuat dasar.

Berita ini menimbulkan ketakutan dan kegusaran awam selain menyebabkan rakyat marah.

Marah kerana dalam keadaan rakyat sedang memulihkan ekonomi masing-masing kenapa perlu dikenakan polisi luar biasa mahal dendanya. – Wacanakini

Leave a Reply