AMPANG, 22 April 2022 : Pekerja-pekerja Hospital Ampang yang kurang berkemampuan mempunyai anak yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan Kolej TVET akan dapat tajaan dari Yayasan PRIHATIN Nasional (PRIHATIN).
Ia adalah satu inisiatif hasil dari siri Jelajah Pendidikan #KeluargaMalaysia yang dijalankan PRIHATIN sejak bulan Mac 2022 lepas yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata, PRIHATIN menyeru pekerja-pekerja Hospital tampil jika memerlukannya. PRIHATIN akan membantu anak-anak staf Hospital Ampang untuk melanjutkan pengajian bagi memastikan tiada seorang pun Anak-Anak pekerja Hospital yang tercicir dalam pendidikan.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada Petugas Barisan Hadapan dan Pekerja-pekerja Hospital Ampang di Program Kembara Ramadan Prihatin hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Hospital Ampang, Dr. Kasuadi Hussin.
“Petugas Barisan Hadapan juga perlu lah diberi perhatian kerana mereka telah bekerja keras ketika wabak Covid-19 melanda negara 2 tahun yang lalu. Mereka juga turut menerima kesan dari pandemik ini dan perlu juga meraikan Aidilfitri kali ini.
“Program yang dilaksanakan ini adalah hasil kolaborasi strategik yang menzahirkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika Sidang Media di Ruang Legar Auditorium Hospital Ampang disini hari ini.
Kembara Ramadan Prihatin merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti sekitar bulan ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan Asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik Antara golongan yang terlibat adalah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih, Qiamulat dan Sahur Pengagihan Bubur Lambuk, dan Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin.
PRIHATIN melihat hasil kerjasama strategik ini mampu diperkasakan melalui program-program yang akan dilaksanakan secara bersama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Dengan kolaborasi strategik bersama Hospital Ampang ini, PRIHATIN sasarkan lebih banyak lagi program yang boleh membantu golongan kurang bernasib baik dan meringankan beban Petugas Barisan Hadapan di seluruh negara dengan kerjasama Institusi-Institusi Kesihatan.