AMPANG 23 April 2022 : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Angkatan Malaysia Cemerlang (AMC), Kita Budak Ampang, Pertubuhan Kasih Setia Malaysia serta beberapa NGO lain hari ini mengagihkan sumbangan 5000 pek bubur lambuk, lemang kepada warga Ampang yang berhampiran.

Agihan ini juga adalah bukti kesepakatan sesama NGO dalam merapatkan ukhwah tidak kira fahaman politik dan menghidupkan lagi amalan bersedekah dalam masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan Agama.

Menurut Pengerusi Kita Budak Ampang, Datuk Hans Isaac, penyertaan beliau dalam politik bukanlah tidak tahu selok belok mengenai dunia politik kerana beliau juga sebelum ini merupakan seorang Ahli Eksekutif Perbadanan FINAS dan Eksekutif di Salah Sebuah Syarikat Minyak dan Gas terbesar Malaysia serta mempunyai beberapa perniagaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang faham struktur dan cara-cara di Kementerian, katanya secara rasmi mengumumkan bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Ampang pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2022 ini.

Beliau menambah, sebenarnya penyertaan beliau didalam arena politik Adalah kerana sudah penat dengan karenah orang-orang yang tidak berintergriti sebelum ini. Beliau mahukan satu perubahan dilakukan demi kebaikan Rakyat, katanya secara berseloroh.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan (Toqqi), Presiden AMC, Ayah Nata serta Ayah Amin Novo yang membantu mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam di Ampang hari ini.

Nadzim berkata, beliau sebagai NGO dengan tegas tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan kekal berkecuali. Hanya berpihak kepada kebajikan Rakyat.

“Apa yang baik untuk Rakyat harus dibawa untuk perubahan dan kabaikan.

“Kita lihat ianya sebagai satu kebangkitan yang luar biasa. Apabila kita permudahkan orang lain, Allah pasti akan bantu mudahkan urusan kita,” katanya hari ini.

Leave a Reply