KUALA LUMPUR 23 April 2022 : Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dan D’Tandoor Food Industries (DTFI) hari ini sudi untuk Iftar bersama Asnaf & 190 Kanak-Kanak Istimewa di Rumah Prihatin @ Grand Season Kuala Lumpur.

Program ini dijalankan atas inisiatif FMBA dan DTFI sendiri yang terdiri daripada pelbagai Industri.

Menurut Pengerusi FMBA dan Pengarah DTFI, Datuk Abdul Malik Abdullah, didalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini bukan sahaja peniaga-peniaga terjejas tetapi rumah-rumah kebajikan juga turut terjejas.

“Rumah Kebajikan ini hilang punca pendapatan kerana kebanyakan penyumbang-penyumbang tidak dapat meneruskan sumbangan akibat dari keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

” Tetapi di FMBA dan DTFI, sentiasa prihatin terhadap badan kebajikan yang memerlukan sumbangan. Oleh itu, FMBA dan DTFI tampil menghulurkan bantuan kepada mereka. Maka, FMBA dan DTFI hari ini berjaya menganjurkan Majlis Iftar bersama Asnaf dan Kanak-Kanak Istimewa,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Asnaf dan 190 Kanak-Kanak Istimewa hari ini.

FMBA bersama DTFI telah menaja iftar kepada penghuni / ahli-ahli dari Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia (PPHM), Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Malaysian Indian Congress (MIC), anak-anak yatim serta golongan asnaf yang menjadi tumpuan perhatian dalam majlis hari ini.

Leave a Reply