HULU SELANGOR, 17 Mei 2022 : Gara-Gara seorang YB yang ingin merebut jawatan Ketua Cabang, Pegawai kepada seorang Ahli Parlimen Calon Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor sanggup “sogok” beberapa ahli parti dengan tawaran RM50 seorang bagi mendapatkan Undi pemilihan Parti yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Mei ini.
Pendedahan ini dilakukan oleh seorang Ahli PKR yang telah didatangi individu yang dipercayai seorang Pegawai kepada Wakil Rakyat kawasan ini semalam.
Menurut N Soundrajan Mariappan, 59, dia telah didatangi individu berkenaan di Kedai Gunting Rambut miliknya dengan menawarkan ‘tawaran’ tersebut untuk pemilihan Parti PKR kali ini.
“Dia minta saya supaya memberitahu Ahli-Ahli dibawah saya supaya mengundi Yang Berhormat berkenaan pada pemilihan PKR yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Mei ini.
“Dia juga memberitahu saya akan memberikan habuan RM50 seorang kepada Ahli-Ahli dibawah saya dan juga akan memberikan habuan RM1,000 jika saya dan Ahli-Ahli saya mengundi Ahli Parlimen berkenaan, katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Rasa hari ini.
Pengadu turut menegaskan dan dengan lantangnya tidak sesekali akan bersetuju dengan habuan ini kerana menurutnya ia satu tindakan yang mencemarkan imej parti.
Katanya lagi, beliau mempunyai Ahli-Ahli dibawahnya yang setia dengannya dan tidak begitu mudah untuk di”beli” dengan sesuka hati sahaja.
“Tetapi Soundrajan turut akui ada beberapa kawannya yang sudah terima habuan tersebut dan tidak mampu menghalang tindakan mereka menerima habuan itu untuk beralih sokongan.
Untuk pengetahuan semua, PKR Cabang Hulu Selangor kali ini bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Dr Sathia Prakash Nadarajan, Datuk Azizan Zakaria dan June Leow Hsiad Hui bagi merebut kerusi Ketua Cabang Hulu Selangor ini.