SHAH ALAM 16 Mei 2022 : Sebanyak RM2 juta diperuntukkan oleh Parlimen Tanjong Karang setakat hari ini bagi memastikan kualiti pendidikan atas talian dapat ditingkatkan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar berkata, pembangunan pendidikan amat penting masa kini terutamanya tahap keberkesanan Jalur Lebar dalam dunia globalisasi hari ini.

“Saya pernah jadi guru, pernah jadi Timbalan Menteri Pendidikan. Sebagai guru apa masalah, sebagai Menteri apa masalah.

“Sebelum ini belajar di pusat tuisyen, namun zaman telah pun berubah selepas berlakunya pandemik. Semuanya menggunakan Internet.

“Jadi kita perlu ikut arus perubahan agar tidak berasa ketinggalan zaman,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri bersama Menteri KUSKOP Tan Sri Noh Omar di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) disini.

Turut hadir majlis tersebut ialah Perdana Menteri YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak, Menteri Kewangan Datuk Sri Tengku Zafrul, dan Menteri Wilayah Datuk Sri Dr Shahidan Kassim serta ahli kenamaan lain dan lebih 10,000 jemputan.

Dalam masa sama, Tan Sri Noh Omar juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Mengenai Kerjasama PAS UMNO Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15, beliau akur dengan pendirian Majlis Tertinggi UMNO yang sudah pun mengeluarkan kenyataan untuk bergerak secara solo.

“Dalam peperangan tak boleh ada 2 nakhoda, demi masa depan parti kita mesti berdasarkan satu keputusan, kami akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan,” katanya lagi.

Leave a Reply