KUALA LUMPUR, 7 Januari 2023 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengadakan cabutan jutawan BSN SSP yang ke 83 sekaligus melengkapkan pencarian jutawan bagi tahun 2022.

Jutawan yang diumumkan di Kamival BSN SSP di AEON Mall, AU2, Setiawangsa ini merupakan pemenang bagi bulan Disember 2022.

“Sejak ganjaran RM1 juta BSN SSP diperkenalkan, kami telah merealisasikan impian 83 orang penyimpan BSN SSP untuk bergelar jutawan. Pada tahun ini, pelbagai kategori cabutan baharu telah kami perkenalkan dengan penawaran hadiah bernilai RM27 Juta ringgit untuk lebih 18 ribu pemenang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mula menyimpan dalam BSN SSP atau teruslah menambah jumlah simpanan anda dari semasa ke semasa. Mana tahu andalah jutawan BSN SSP 2023 yang kami cari,” kata Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN.

BSN memperkenalkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah menarik untuk tahun 2023. Cabutan Jutawan akan diadakan setiap bulan. Cabutan April merupakan Cabutan Jutawan Istimewa untuk guru.

Cabutan Ogos pula khas untuk pekerja barisan hadapan manakala untuk Cabutan Jutawan November khas untuk pelanggan setia yang telah menyimpan sekurangnya 20 tahun dan membuat tambahan simpanan minimum RM3,000 pada tahun 2023.

Pada bulan Disember pula BSN memperkenalkan Cabutan Jutawan Bonanza dimana BSN bukan sahaja menawarkan hadiah BSN SSP RM1 Juta, malah pemenang juga bakal membawa pulang sebuah BMW X5.

Antara kategori cabutan lain bagi tahun 2023 termasuk Cabutan Wilayah, Cabutan Penyimpan Muda, Cabutan Kesetiaan, Cabutan Penyimpan Baharu, Cabutan Guru, Cabutan Akaun Gaji. Cabutan Kasih dan Cabutan Simpanan Konsisten yang menawarkan hadiah BSN SSP yang bernilai sehingga jutaan ringgit.

Selain hadiah RM1 juta, BSN masih menawarkan hadiah seperti kereta mewah BMW X5, BMW 320i M Sport, kereta Myvi dan pelbagai lagi hadiah lumayan lain.

BSN SSP menawarkan kebaikan 3 dalam 1 iaitu menyimpan, menang hadiah dan mendapat keuntungan daripada simpanan yang menarik melalui BSN SSP Platinum yang menawarkan kadar keuntungan sehingga 2.40% setahun.

Pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP juga boleh berbuat demikian menerusi kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan internet myBSN, Cawangan Bank Bergerak (CBB) atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN). Bagi pelanggan baharu pula, simpanan BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Sehingga Disember 2022, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripadavrakyat Malaysia dengan jumlah simpanan sebanyak 4.98 bilion ringgit.

Seorang Jutawan BSN SSP ke 81 pula ialah seorang jurutera eletronik berumur 43 tahun dari Pulau Pinang. Impian beliau bergelar jutawan menjadi realiti apabila dinobatkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bagi bulan Oktober 2022 sekaligus membawa pulang hadiah utama RM1 juta. Beliau yang memulakan simpanan di BSN SSP ini setelah melihat satu iklan di Facebook rasmi BSN tidak lama dahulu dan menasihatkan rakyat Malaysia agar menyimpan di BSN SSP untuk berpeluang menjadi jutawan serta memenangi pelbagai hadiah hebat lain.

Seorang lagi Jutawan BSN SSP ke 82 merupakan seorang pesara yang juga ibu kepada seorang anak. Beliau mula menyimpan di BSN SSP ini sejak Februari 2022. Beliau terkejut dan tidak sangka namanya diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bagi bulan November 2022 memandangkan beliau baru saja menyimpan sejak 9 bulan lalu.

Justeru, Karnival BSN SSP ini sedang berlangsung di AEON Mall, AU2, Setiawangsa bermula 5 Januari sehingga 8 Januari, mulai jam 10 pagi hingga 6 petang yang disajikan dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik disusun kepada pengunjung yang hadir.

Untuk senarai pemenang, sila semak laman sesawang BSN di www.bsn.com.my atau layari laman Facebook dan Instagram rasmi BSN.

Leave a Reply