KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas mengenai gerakan ‘Reset UMNO’ oleh segelintir pemimpin UMNO berkata, beliau akan ucapan dasar Presiden Umno pada Jumaat (esok) bagi mengemukakan pelan hala tuju baharu UMNO sekarang ini.
“Kita menyantuni perbezaan pendapat dikalangan mereka yang berminat untuk bersama dengan kepimpinan atau melakukan ‘reset’ kepada parti.
“Tidak penting bagi kita untuk kita melayani perbezaan politik yang akhirnya akan mewujudkan perbezaan kabilah,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur disini hari ini.
Tegas Ahmad Zahid, beliau l mempunyai pendirian dan keyakinan lebih baik untuk bersama-sama melakukan perubahan secara drastik dengan kadar yang segera.
“Itu sebabnya, esok Jumaat dalam ucapan dasar Presiden saya akan menggariskan hala tuju baharu Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional untuk menghadapi PRN, PRK mahupun PRU akan datang yang harus mendapatkan semula sokongan akar umbi dan mereka yang tidak berparti supaya dapat bersama-sama memahami dan akhirnya menyokong Barisan Nasional, ujar Ahmad Zahid.