Apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya kali ini, maka akan wujudnya persaingan hebat merebut jawatan itu.
Oleh itu, EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin dilihat antara calon yang mempunyai kelayakan menggantikan Dr Asyraf Wajdi.
Mohd Imran lebih layak untuk bertanding jawatan itu berdasarkan kredibiliti beliau yang setanding Dr Asyraf Wajdi.
Kerjaya Mohd Imran yang merupakan seorang peguambela dan peguamcara dilihat mampu untuk memimpin pemuda UMNO pada tahap yang lebih baik untuk menggalas jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang kini memegang beberapa jawatan dalam parti.
Selain itu, Mohd Imran juga merupakan EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN), Pengerusi Sekretariat Profesional Muda Pemuda UMNO Selangor dan kini sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Manakala, aktiviti Mohd Imran didalam NGO pula yang pernah menyandang Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia dan Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia.
Pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, Mohd Imran menang di kerusi DUN Sungai Panjang mewakili Barisan Nasional (BN) sekaligus bergelar ‘YB’ (Yang Berhormat).
Mohd Imran mempunyai rekod perkhidmatan yang sangat baik apabila beliau menyandang beberapa jawatan seperti Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia dan Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia.
Beliau sebenarnya mampu untuk bertanding di peringkat tertinggi pemuda UMNO Malaysia untuk memimpin pemuda UMNO lebih proaktif demi Agama, Bangsa dan Negara.