Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2023 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Bagi Hal Ehwal India, Datuk Sri Ramesh Rao pagi ini. Mendiang meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao a/l Krishna Naidu, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 14 Januari 2023.

“Saya amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa beliau berkhidmat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Untuk rekod, mendiang Ramesh Rao yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia dilantik Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Kaum India pada 24 Disember 2022 lalu.

Beliau aktif memperjuangkan kebajikan rakyat malaysia ini terutamanya kaum india.

Justeru, Ahmad Zahid mendoakan semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi.

Leave a Reply