AMPANG : Kebiasaannya industri kosmetik amatlah sinonim dengan wanita. Tetapi di masa kini, lelaki pula yang menguasai, menerokai industri perniagaan kosmetik ini yang dilihat mencabar dan menarik perhatian.
Seperti yang kita lihat sebelum ini, Industri kosmetik biasanya membabitkan selebriti seperti Datuk Sri Alif Sukri, Aeril Zafrel yang aktif bidang ini pada awalnya.
Ia sedikit sebanyak adalah satu penghargaan bagi seorang insan bernama wanita apabila si teruna (lelaki) amat memahami apa yang wanita impikan.
Apabila 2 lelaki bersahabat baik mencabar diri mereka untuk menerokai dan mengusahakan produk kosmetik keluaran mereka sendiri dengan sanggup melaburkan sejumlah RM300,000 bagi menghasilkan jenama Nie Dior Cosmetic (NDC).
Menurut Pengasas NDC, Muhammad Mustakim Lokman Hakim dan Zamzuri Mohamad, istilah ‘Nie Dior’ ini diambil daripada loghat bahasa timur bermaksud “Ini Dia” supaya ia mudah diingati selamanya.
“Produk NDC ini terdiri daripada serbuk minuman untuk membantu membuangkan lemak, pemutih, 3 jenis warna lipstik, krim rawatan kulit dan sabun rawatan kulit.
“Yang uniknya produk ini sudahpun mendapat kelulusan MeSTi selepas 2 tahun melakukan R&D (Penyelidikan & Pembangunan).
“Kami sasarkan 3,000 stokis buat masa ini dengan ketika ini sudah pun mempunyai 30 stokis dan 150 ejen. Ini juga merupakan satu lagi peluang untuk rakyat Malaysia menjana pendapatan selepas 2 tahun kita dilanda pandemik,” katanya ketika di Majlis Hari Raya di Hotel Grand Barakah Ampang disini.
Bagi yang berminat untuk menyertai Program Usahawan NDC ini, boleh layari lawan Instagram nie_diorcosmetichq. Segala bimbingan akan diberi untuk menjadikan anda ‘Zero to Hero’.