KUALA LUMPUR, 30 Mei 2022 : Hari ini Yayasan Hasanah sebuah Yayasan dibawah Khazanah Nasional Berhad mengumumkan sejumlah agihan RM554 juta melalui program-program intervensi pada tahun 2021 yang telah pun mencapai 1.48 juta individu di Malaysia.
Menerusi Laporan Hasanah 2021 yang dilancarkan hari ini, ia adalah 222 projek yang melibatkan kolaborasi dengan 169 rakan kerjasama yang telah dianugerahkan geran iaitu terdiri daripada organisasi masyarakat sivil, agensi Kerajaan, perusahaan sosial dan badan-badan korporat.
Usaha-usaha ini merangkumi lima bidang impak iaitu pendidikan, pembangunan komuniti, alam sekitar, kesenian dan ruang awam, dan ilmu pengetahuan.
Menurut Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pemegang Amanah merangkap Pengarah Urusan Yayasan Hasanah berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan kami dalam menempuhi tahun 2021 yang amat mencabar, antaranya melalui pemberian biasiswa usaha bantuan kemanusiaan program sara hidup, pengagihan makanan, dan akses kepada pendidikan, di mana segala jenis bantuan ini membawa impak kepada ramai insan yang memerlukan, merentasi segenap lapisan masyarakat. Tentunya, pencapaian ini adalah hasil kerjasama strategik antara organisasi masyarakat sivil, korporat Malaysia, agensi kerajaan serta Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan.”
Antara kerjasama yang dilaporkan adalah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19. menjaga kebajikan rakyat dan membantu kesinambungan perniagaan. Ini termasuk RM25 juta yang telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi Rangkaian Tindak Balas Bencana (GDRN) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) Melalui rangkaian ini, Yayasan Hasanah telah menyalurkan RM16,5 juta kepada 32 GLC dan organisasi korporat di bawah sebuah geran padanan, yang menjangkau 200,000 penerima.
Yayasan Hasanah juga mengetengahkan peranannya dalam inisiatif CERDIK untuk menangani jurang pembelajaran digital bagi 150,000 pelajar di sekolah rendah dan menengah di Malaysia serta penglibatan untuk memacu penggunaan kaedah pembelajaran digital pada masa depan.
Melalu inisiatif PRIHATIN oleh Kementerian Kewangan mengagihkan lebih daripada RM20 juta menerusi Geran Khas Hasanah 2021 ini telah memberi manfaat melalui 40 projek yang mencapai 37,600 individu merentasi segenap Yayasan Hasanah telah lapisan kumpulan rentan, termasuk komuniti berpendapatan rendah B40 Orang Asal, warga emas gelandangan, individu tanpa kerakyatan atau tanpa dokumen, kanak-kanak berisiko wanita belia dan mereka yang berkelainan upaya seluruh negara telah menerima manfaat untuk
Yayasan Hasanah juga telah menyalurkan RM44 juta bagi mengatasi masalah kekurangan makanan asasi dengan mengagihkan bantuan makanan tanpa tunai melalui program PEMERKASA di mana 137 273 individu memastikan keperluan makanan asasi mereka mencukupi bagi tempoh tiga bulan.
“Walaupun bantuan telah mencapai semua negeri di Malaysia, negeri-negeri di mana majoriti inisiatif inisiatif tersebut telah dijalankan adalah Sabah (32 projek), Selangor (21 projek), dan Perak (18 projek), manakala 82 inisiatif lagi dijalankan di beberapa negeri,” jelas Shahira.
Antara projek-projek yang telah dikongsikan semasa majlis pelancaran Laporan Hasanah adalah penubuhan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas di seluruh negara.
Program Kesihatan Mental PINTAR-UTAR (PUMP 3.0) bagi mendidik para guru mengenai masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Miri, Sarawak, kerjasama dengan masyarakat Orang Asal di Pos Poi, Perak bagi menggalakkan penuaian buluh secara mampan, dan usaha-usaha Persatuan Pemuliharaan Tuntung Kura-Kura dan Penyu Malaysia dalam memperkasakan usahawan wanita.
“Buat rakan pelaksana kami, lihatlah betapa kuatnya kita apabila bekerjasama Bagi kami, berganding bahu bererti berupaya menyumbang ke arah memajukan Malaysia, insan demi insan merentasi segenap lapisan masyarakat Harapan kami adalah agar kita dapat terus melangkah jauh dengan rakan pelaksana Yayasan Hasanah.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua, atas segala kepercayaan yang diberi kepada Yayasan Hasanah dalam melaksanakan pelbagai program sosial dan bantuan kecemasan melalui pakej-pakej rangsangan di samping peruntukan Belanjawan 2021 yang membolehkan kami memberi impak kepada 1.48 juta orang sepanjang tahun 2021, kata Shahira lagi.
Dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Yayasan itu juga sedang mencari pemohon untuk Program Geran Khas Hasanah 2022, dan masih menerima permohonan bagi geran bernilai RM100 juta yang akan disalurkan pada tahun ini. Mereka yang berminat boleh memohon di https://yayasanhasanah.org/hasanah-special-grant-2022
Selain itu, permohonan untuk dana ArtFAS (Seni Sepanjang Musim! Art For All Seasons) untuk penggiat seni, warisan dan budaya juga akan dibuka bermula 1 Jun hingga 17 Julai 2022 Manakala Geran Dana Seed & Growth Perusahaan Sosial 2022 pula akan dibuka bermula dari 15 hingga 30 Julai tahun ini.