KUALA LUMPUR : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Perusahaan Getah (RISDA) bersama dengan Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) sedang dalam perancangan untuk menyasarkan lebih kurang 500,000 ternakan Ayam Daging Organik untuk keperluan tempatan bagi tahun 2022 ini.
RISDA bagaimanapun telah mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai untuk melakukan ternakan tersebut.
Menurut Pengerusi RISDA, Datuk Sri Mohd Salim Mohd Sharif, memandangkan rakyat sudah pun tahu mengenai eksport Ayam ke Singapura telah disekat disebabkan kekurangan bekalan Ayam untuk pasaran tempatan dan isu harga Ayam yang tinggi.
“Atas langkah itu juga, RISDA mampu untuk bersama kerajaan membantu dibawah Program Jaminan Makanan.
“Kita ada tanah yang mencukupi untuk menjalankan ternakan, malah Sumber tenaga kerja dan kewangan juga mencukupi untuk melakukan kolaborasi bersama dengan MAFI.
“Tenaga kerja ini dari pekebun kecil dimana kita sasarkan mereka dapat menambahkan lagi pendapatan selain kerja penanaman menerusi program ini.
“Kita tidak mahu rakyat hari ini terkesan dengan Ayam tiada dan tak dapat makan ayam kerana harga pasaran Ayam kini semakin mahal atau tidak mencukupi,” katanya pada Sidang Media ketika Majlis Hari Raya Aidilfitri RISDA disini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Mahdzir Khalid.
Tambah Mohd Salim lagi, ternakan Ayam ini mengambil masa antara 45 hingga 60 hari bagi Fasa pertama sebelum ianya dapat di ‘harvest’ (Tuai).
“Kita akan pastikan persekitaran Ayam daging organik ini bersih, mempunyai lesen, dan juga kena pastikan sumber makanan Ayam tersebut seperti dedak halal.
“Ayam Organik ini mesti kita pastikan halal, tidak disuntik vaksin dan sebagainya serta sudah pun mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat pengeluaran Ayam, katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata pekebun kecil dan penoreh getah yang layak supaya memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk tahun ini. Setiap penerima yang layak nanti akan menerima sebanyak RM600.00 setiap seorang yang dibayar dua kali iaitu pada bulan November dan Desember 2022 ini.
“Seramai 232,319 penerima yang terjejas bakal menerima bantuan tersebut melalui peruntukan sebanyak RM191 juta.
Penoreh getah dan pekebun kecil yang ditetapkan syarat mesti lah mempunyai kebun getah berkeluasan antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
Beliau menambah, para pekebun kecil dan penoreh getah dinasihatkan melayari portal di pautan pekebunkecil.risda.gov.my ataupun boleh hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Diharapkan semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan ketika tempoh Musim Tengkujuh nanti.