AMPANG : Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sharul Nasrun Kamarudin berkata, YAB Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob seorang yang bijak mengambil tindakan dalam usaha menangani isu bekalan makanan.

Menurut beliau, langkah yang paling berani YAB Perdana Menteri lakukan ialah dengan memansuhkan ‘Approved Permit’. Ini kerana, dengan memansuhkan AP sedikit sebanyak dapat melumpuhkan kartel-kartel yang selama ini mengawal turun naik nya harga barang di pasaran.

“PM seorang yang sangat professional, sentiasa memikirkan Rakyat. Beliau juga pernah mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP), Kementerian Pertanian & Asas Rani serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar suatu ketika dahulu yang sentiasa dekat dengan Rakyat.

“Ini adalah bukti bahawa Perdana Menteri sentiasa mencari kaedah terbaik dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

“DAP baru hendak hantar kertas cadangan kepada kerajaan tetapi Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan pantas memansuhkan AP, katanya ketika Sidang Media pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Sharul Nasrun dan Isterinya Datin Fatin Amyera Zainal Abidin.

Turut hadir Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO Datuk Sri Ahmad Maslan serta beberapa kenamaan lain.

Kata Datuk Sharul Nasrun lagi, walaupun tidak menguar-uarlan kedatangan Bossku Najib Razak ke Majlis Aidilfitri ini, namun lebih 5,000 orang hadir ke Majlis Aidilfitri ini walaupun berita mengenai kehadiran Bossku hanya tersebar luas beberapa minit sebelum kehadiran Bekas Perdana Menteri itu.

Ini menunjukan bahawa sambutan Rakyat kembali kepada Barisan Nasional. Jelas, memberi keyakinan bahawa Barisan Nasional lah parti yang sentiasa membela nasib Rakyat, jelasnya lagi.

Leave a Reply