KUALA LUMPUR – Rakyat Negara ini menjadikan tempat seperti Hokkaido, Tokyo, Kyoto, Nagoya, Nara dan Osaka sebagai destinari yang wajib dikunjungi negara matahari terbit itu.
Festival Malaysia Jepun yang berlangsung antara 2 hingga 5 jun 2022 ini dilakukan bersempena dengan ulangtahun ke 40 Dasar Pandang ke Timur diadakan di Pusat Perlancongan Malaysia (MATIC) merupakan satu inisiatif mempromosikan Malaysia Jepun selepas pintu sempadan Negara dibuka.
Pengerusi Penganjur Malaysia Japan Festival 2022, Datuk Sahariman Hamdan berkata, hubungan Malaysia Japan ini amat penting bagi membantu meningkatkan lagi ekonomi kedua-dua Negara selepas 2 tahun Dunia dilanda pandemik.
“Festival ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan sistem sosioekonomi yang lebih baik dengan menggalakkan Rakyat kedua-dua Negara mengambil bahagian dalam festival yang diadakan tersebut.
“Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan aktiviti Perlancongan, Seni dan Budaya kedua-dua Negara.
“Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi Hubungan dua hala kedua-dua Negara dengan meningkatkan lagi pengetahuan dalam pelbagai aspek seperti Budaya, Bahasa, dan aktiviti yang berkaitan sempena dengan ulangtahun tahun ke 40 Dasar Pandang ke Timur ini.
Tambahan pula, oleh kerana sempadan Negara belum dibuka secara meluas kepada warga asing, festival seperti ini dijangka dapat menarik masyarakat jepun yang telah pun bertapak di Malaysia.
Buat masa ini, terdapatnya Komuniti kecil jepun sudah pun berada di Malaysia.
Selain itu, Malaysia dan Jepun juga mempunyai sejarah paling penting sejak Perdana Menteri ke 4 Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982.
Dasar Pandang ke Timur telah pun memainkan peranan yang amat penting sepanjang 4 dekad yang lalu khususnya dalam kerjasama ekonomi yang semakin berkembang.
Dalam pada itu, mulai 1 Jun, pelawat dari Negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerasa Chain Reaction (RT-PCR) dan kuarantin wajib sebaik tiba di negara itu.
Umumnya mengetahui, had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun juga akan bertambah dari 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini.
Bagi tujuan untuk Perlancongan pula, kemasukan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun ini yang dikendalikan oleh Agensi Perlancongan.