Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Sebagaimana diketahui umum, ketika ini peniaga bergelut dengan kenaikan harga kos bahan mentah.

Semua ini adalah teori kesan domino iaitu berpunca dari satu perkara akan memberi kesan kepada perkara yang lain.

Bermula dengan pandemik, polisi kerajaan terdahulu perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ramai hilang kerja.

Banyak perniagaan tutup, majikan tidak mampu menggajikan pekerja menyebabkan isu bekalan makanan mula berlaku peringkat awal.

Tiga kerajaan bertukar dalam tiga tahun, ketidakstabilan politik, polisi bercelaru ditambah dengan peperangan negara sumber bekalan makanan menambah faktor isu ekonomi ini.

Negara kita negara pertanian, negara kita juga ada universiti pertanian yang sepatutnya tiada isu kekurangan makanan, tetapi kerana faktor-faktor berkenaan isu ini menjadi kebimbangan rakyat.

Malah ditambah ada pihak menangguk di air keruh bagi memperlihatkan kelemahan pentadbiran, seolah-olah tidak cukup bagi menaikkan harga.

Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Mohammad Sahar Mat Din berkata, ia bukan mudah untuk bangkit daripada kejatuhan yang amat dahsyat tetapi semua orang sedang bergelut

peniaga masih bertahan untuk mengekalkan harga walaupun kos bahan mentah meningkat.

“Mungkin akan berlaku juga kenaikan harga dalam 10 hingga 15 peratus, kita tidak boleh salahkan peniaga kerana masing-masing dalam keadaan tertekan.

“Mereka kena bayar sewa premis, kena bayar gaji pekerja, cukai lagi dan lain-lain, ini amat menekan semua pihak.

“Peniaga struggle untuk dapatkan sumber makanan untuk masakan kerana sana sini harga mahal.

“Ada majikan terpaksa kurangkan pekerja untuk kurangkan kos lagi,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri DPIM baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tanah terbiar untuk urban farming.

“Kita lihat Singapura negara kecil memanfaatkan semua ruang yang ada,” katanya.

Sebuah syarikat yang berteraskan falsafah ‘tanam makanan anda sendiri’, Edible Garden City, telah merancang dan membina lebih daripada 50 taman sayuran di negara itu bagi dibekalkan kepada restoran, hotel, sekolah dan kediaman.

Salah satu projeknya ialah Citizen Farm, sebuah plot seluas 8,000 meter persegi yang merupakan bekas penjara, kini ditukarkan menjadi ladang bandar.

Citizen Farm menghasilkan sehingga 100 kilogram (kg) sayur-sayuran, 20kg herba dan 10-15kg cendawan – yang cukup untuk memberi makan kepada 500 orang sehari.- MV

Leave a Reply