KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) memohon dan merayu kepada Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob agar melonggarkan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid, kelulusan pekerja asing itu wajar diberikan kepada semua ejen pekerja asing di negara ini.

“PAPSMA sebagai satu Persatuan untuk Syarikat-Syarikat Agensi Pekerja Asing ini mempunyai pengalaman luas dalam merekrut pekerja asing ke Malaysia.

“Kami menyeru kerajaan agar tidak menangguhkan urusan proses kemasukan pekerja asing warga Bangladesh berkemahiran untuk memenuhi kekosongan sedia ada di Malaysia ini dengan kadar segera.

“Memilih hanya 25 mahupun 250 Agensi Pekerjaan dari Bangladesh akan melewatkan proses kemasukan mereka ke Malaysia, katanya ketika Sidang Media disini hari ini.

Tambahnya lagi, PAPSMA berharap tidak akan berlaku lagi seperti era 2015 hingga 2017 yang ketika itu hanya 10 Agensi Pekerjaan yang dipilih itu telah menyebabkan segala urusan pekerja asing mengalami masalah dan rumit.

“Untuk itu, ia telah menye Kerajaan Malaysia terpaksa membatalkan kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia pada tahun 2017, katanya.

Selain itu, beliau juga mendedahkan terdapatnya kos kemasukan yang terlampau tinggi sehingga mencecah RM20,000 walaupun ketika itu kerajaan dan pekerja diberitahu bahawa kosnya rendah.

“Agensi Bangladesh yang terlibat telah mengaut untung yang tinggi untuk urusan pekerja asing ini. Malah, apabila pekerja Bangladesh itu sampai ke Malaysia, mereka meloloskan dari daripada majikan yang sah disebabkan mereka (pekerja asing) tidak dapat membayar kos hutang mereka untuk bekerja di Malaysia.

“Untuk itu, kebanyakan majikan terpaksa mengalami kerugian yang besar akibat dari kegiatan Agensi yang mengaut untung yang besar pada masa itu, katanya.

Menurut PAPSMA, Agensi yang dipilih itu perlu mengutip wang daripada pekerja asing itu bagi memenuhi kenamaan tertentu yang bertujuan untuk mengaut untung besar dalam perniagaan mengimport manusia ini.

“Perkasa ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosakkan nama dan identiti Malaysia di mata dunia yang kini berada pada tahap ketiga dalam kategori Migrant Buruh Paksa (ILO) antarabangsa.

“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga kebanyakannya mengalami kerugian akibat dari proses ini serta didenda sehingga berjuta-juta ringgit disebabkan mereka didapati bersalah dibawah ordinan buruh paksa dan kutipan wang dari pekerja asing di negara Asal mereka sebelum mereka dibawah masuk ke Malaysia.

Leave a Reply