KUALA LUMPUR – Sebenarnya bukanlah mudah untuk membongkar dan mendedahkan kegiatan Kartel industri makanan.
Ini kerana, kegiatan ‘gelap’ ini sudah pun mengaut keuntungan berbillion ringgit sejak puluhan tahun lamanya.
Justeru, kewujudan orang tengah ini sebenarnya memonopoli Kartel ini dan lebih mencabar apabila rangkaian ini membabitkan para pembuat dasar dan penjawat awam.
Apabila perkara ini didedahkan, serangan peribadi dituju kepada pihak berkenaan yang bertujuan untuk menghalang dari terus didedahkan.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor, sebenarnya Kartel ini bukanlah seorang tetapi ianya melibatkan rangkaian yang besar. Ia boleh menjadi ancaman kepada sesiapa sahaja yang berani mendedahkannya.
“Jika para penguatkuasa menjalankan tanggungjawab dengan Jujur, Amanah, Berintergriti, tiada ‘public of interest’, maka masalah Kartel ini akan dapat diselesaikan.
“Bila ada godaan, akan adanya peluang yang terhidang depan mata walaupun peluang itu membuatkan seseorang itu terpesong ke jalan sebenar, katanya ketika ditemui disini.
Kerajaan perlu melakukan penambahbaikan kerana ianya menjadi punca rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang.
“Rakyat masa kini bukanlah tidak pandai menilai, apabila ianya melibatkan intergriti, sebagai penjawat awam, akan turut terpalit dengan Kartel ini.
Untuk itu, seseorang penjawat awam tidak perlu berada di satu tempat kerja yang sama, mereka perlu berhijrah ke tempat kerja yang baharu bagi mengelakkan seseorang itu menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dikalangan penjawat awam.