KUALA LUMPUR – Pemilihan 25 agensi pekerjaan yang dibuat kerajaan membuatkan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) rasa kesal kerana ianya tidak melibatkan pemain industri sendiri.
Menurut Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumaran Nair, pihak mendakwa tidak dipanggil Kementerian Sumber Manusia untuk berunding sedangkan PAPSMA mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam merekrut pekerja asing.
“KSM tidak memanggil PAPSMA sebelum memilih 25 agensi pekerja asing tersebut.
“Adakah kami (PAPSMA) tidak relevan? Sebelum ini pun tak panggil beri pandangan dan cadangan.
“PAPSMA sudah mencadangkan pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk mengadakan pertemuan dan berunding, namun tiada maklum balas diberikan.
“Sebagai pemain industri, apa salahnya menjemput kami (PAPSMA) untuk berunding, katanya ketika sidang media disini harini ini.
Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa wujudnya monopoli dalam mengambil pekerja asing dari Bangladesh ini selepas kerajaan bersetuju melantik 25 BRA dan 250 sub-ejen.
Pihak Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (BAIRA) yang rasa kurang senang dan bimbang dengan jumlah itu.
BAIRA memohon dan meminta kerajaan memberikan peluang kepada hampir 1,600 ahlinya untuk diberikan kebenaran menghantar pekerja ke Malaysia.
Sukumaran turut persoalkan tindakan kerajaan itu yang menghadkan 25 agensi pekerja asing sedangkan PAPSMA tidak dipanggil kerajaan untuk berunding.
“Kita tidak tahu kerajaan bincang dengan siapa sedangkan pakar atau pemain industri tidak dijemput.
“Siapa yang beri maklumat kepada kerajaan sedangkan kita sahaja yang ada di lapangan.
“PAPSMA ada lebih 100 Syarikat berlesen C yang diberi kuasa membawa masuk Pekerja Asing oleh Kerajaan.
“Apabila kita diberikan kuasa, kita sendiri tidak bawa berbincang,” jelasnya