Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendapatkan nasihat polis bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak mengambil kesempatan atas bantuan persatuan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mendapatkan nasihat dan panduan atas beberapa perkara berlaku.

“Kadang-kadang kita pun bertanya boleh ke bawa isu ini, relevan ke tak? Jadi disitulah kami mengambil nasihat polis.

“Kita nak tahu apa yang libatkan jenayah atau tidak.

“Kita tidak mahu perjalanan kita ada pihak memanipulasi sehingga terlebih menipu agar kita masuk campur bantu tetapi mengheret persatuan kepada jenayah.

“Kita tidak mahu ada unsur jenayah dalam perjalanan persatuan ini,” katanya kepada Media Variasi selepas mengadakan kunjungan hormat berjumpa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Pertemuan lebih sejam itu sebagai usaha mewujudkan masyarakat harmoni dan bagi mengelakkan daripada wujudnya perkara tidak sesuai – MV

Leave a Reply