Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan membantu kepada rumah perlindungan / pemulihan dan kebajikan dalam Negeri Selangor.
Atas tanggungjawab ini. Kerajaan Negeri dibawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan majlis santuni dan memperuntukkan sebanyak RM155.000 kepada Rumah Kebajikan / Pemulihan Dan Kebajikan dalam Negeri Selangor.
Majlis yang diadakan hari ini di Dewan Jubli Perak. SUK Selangor telah peruntukkan RM155,000 dengan melibatkan 31 rumah perlindungan/ pemulihan dan kebajikan dalam Negeri Selangor.
Usaha ini merupakan tahun kedua program yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan rumah-rumah perlindungan / pemulihan dan kebajikan di Selangor. Tahun lepas, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM116ribu yang melibatkan 29 buah rumah. Ini telah menyumbangkan jumlah keseluruhan sebanyak RM271ribu bagi Dua tahun program Ini dijalankan.
Kerajaan Negeri berharap, inisiatif ini dapat membantu memastikan pembangunan sosial dalam kalangan penghuni rumah-rumah ini dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya mampu melahirkan masyarakat madani yang mempunyai sahsiah diri cemerlang selaras dengan misi dan visi Selangor Negeri “Smart And Caring (SAC)”.