SHAH ALAM, 25 NOVEMBER 2021-Menyedari keperluan kepada kolaboratif pintar di antara sektor awam dengan sektor swasta khasnya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Khususnya dalam aspek pembangunan akademik dan modal insan telahi menyaksikan Management and Science University (MSU) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bakal memeteral perjanjian persefahaman (MoU) di sini.
Selaku di antara universiti terbaik di Malaysia dan dunia, MSU akan bekerjasama dengan MSNS yang merupakan majlis yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani MoU ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Kerajaan Negeri Selangor serta merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Khairuddin Othman selaku dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid
Turut hadir bagi menandatangani MoU berkenaan ialah Naib Presiden Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, Profesor Dr. Abdul Jalil Ghazali dan Pengarah Eksekutif, Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi.
Pemeteraian MoU di antara MSU dan JPS ini menyaksikan kerjasama menyeluruh merangkumi aspek penyelidikan dan penganalisaan data dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan; aspek kejurulatihan dan pengurusan teknikal; penganjuran bengkel, persidangan dan penerbitan ilmiah merangkumi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda serta Pasca Siswazah; aspek pemerkasaan modan insan MSNS melalui perlaksanaan program jangka pendek, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana serta ijazah kedoktoran serta aspek perkongsian ilmu dalam bidang. pembangunan sukan Negeri dan Universiti.
Kerjasama dengan MSNS ini juga akan menyaksikan MSU melalui International Medical School (IMS) dan hospital pakar swastanya MSU Medical Centre (MSUMC) akan berkongsi kepakaran dalam bidang Sains Sukan, Pengurusan Sukan) termasuklah aspek fisioterapi, teknologi hiperbarik, serta psikologi