PUTRAJAYA 14 Jun 2022 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) hari ini mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melakukan kaedah ‘mapping’ atau pemetaan sebagai kaedah bagi mengukur tahap kelajuan internet yang sebenar syarikat telekomunikasi di negara ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, terdapat keluhan daripada Rakyat terutamanya di kawasan luar bandar terhadap mutu perkhidmatan internet disediakan syarikat-syarikat telekomunikasi pada masa ini.

“Saya mahu MCMC segera buat ‘mapping’, buat audit untuk mengetahui tahap pencapaian internet dan bandingkan dengan apa yang telko sudah lakukan, katanya ketika Sidang Media majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 K-KOMM hari ini.

Annuar Musa menambah, MCMC boleh menggunakan segala akta yang berkaitan terhadap mana-mana Syarikat telekomunikasi tidak mencapai tahap perkhidmatan internet memuaskan kepada Rakyat dan boleh memberikan arahan untuk Syarikat telekomunikasi wajib memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

Selain itu, beliau berkata, Agensi-agensi dibawah K-KOMM perlu mengambil pendekatan yang baharu dalam menyelesaikan masalah Rakyat.

“Dalam Negara, kerajaan keluarkan lesen, Syarikat beri perkhidmatan. Kalau syarikat yang sudah diberi lesen itu tidak buat apa-apa walaupun tiap-tiap tahun umum keuntungan, jadi mestilah labur balik dan baiki masalah rakyat terutamanya di kawasan Kampung, katanya

Tambahnya lagi, pihak K-KOMM banyak dapat maklum balas daripada Rakyat mengenai tahap capaian internet Jalur lebar mudah alih yant tidak seragam. Ada kawasan yang kelajuan internet nya sangat rendah manakala ada sesetengah kawasan pula tahap perkhidmatan internet yang baik.

Beliau juga menggesa Syarikat telekomunikasi agar melabur semula keuntungan yang diperoleh itu dalam usaha membantu kerajaan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi rakyat.

Selain itu, Annuar Musa juga berkata, dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Syarikat telekomunikasi digalakkan melabur dalam menaik taraf Menara pencawang sedia ada.

Dalam pada itu, Annuar berkata, rundingan berkenaan perjanjian perkhidmatan antara Syarikat telekomunikasi dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan rangkaian 5G Negara masih lagi berjalan.

“Saya yakin agar semua syarikat telco tidak mahu rasa ketinggalan zaman untuk menyediakan perkhidmatan 5G seluruh negara, sebab itu kita jemput semua syarikat untuk menyertai, namun Jika ada yang tidak mahu, tidak boleh paksa.

“Kita akan jalan terus pada mana-mana syarikat yang sertainya. Jika jumlah penyertaan tidak mencukupi, Kerajaan akan keluarkan lesen kepada pemain industri yang baharu tanpa perlu menunggu sesiapapun. Tolonglah fikir sama Soal kepentingan Negara.

“Kerajaan sudah pun beri ruang sehingga 30 Jun ini untuk melaksanakan 5G mengikut perancangan. Setakat 30 Jun sudah cukup, biarlah syarikat-syarikat telekomunikasi selesai berunding.

Dalam pada itu, Annuar juga memohon dan meminta warga K-KOMM untuk memberikan fokus terhadap 5 bidang yang diutamakan K-KOMM ini iaitu Telekomunikasi, Ekonomi Digital, Industri Kreatif, Jaringan Komunikasi serta ‘Cyber Security’ (Keselamatan Siber) yang mana ianya amat penting pada era globalisasi hari ini supaya K-KOMM sentiasa efektif, efisien, dan berprestasi, katanya.

Terdahulu, Annuar Musa turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada lebih 362 warga Kementerian termasuk daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan FINAS yang menerima sijil penghargaan dan insentif.

Turut hadir, Timbalan Menteri K-KOMM Datuk Zahidi Zainul Abidin, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Encik Roslan Ariffin.

Leave a Reply